Eh! Kim Jong Kook Ssi...

2:47 PTG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Rasa macam lama betul tak menulis dalam blog ni. Bukan apa sejak dua menjak ni mood asik kelaut je. Aku nak mengadap orang pon payah.. nak bercakap pon malas. Silap-silap orang jadi salah faha,. buat apa semua tak kena jadinya blog ni pon aku dah lupa. Ada blog rupanya aku ni ha.. 

Sepanjang aku dok senyap je takde benda menarik pon yang berlaku haha. Yela aku sekarang jarang berjalan sana sini. Laki asik keje lewat malam. Asik balik lambat sabtu ahad pon kerja. Jadinya aku duduk umah diam-diam melayan cerita korea. Biasalah takde menda nak buat. Bukan giler KPOP sangat tapi banyak pulak cerita best-best hahahha. cerita melayu lama dah tak layan sebabnya waktu bertindan dengan cerita dekat tv tu. Dan kebiasannya aku tengok TV time hari kerja je. hari sabtu ahad memang aku tak buka tv. Aku sambung HDMI cable dari laptop layan drama korea. Apa nak jadi pon tak tahulah. Satu cara untuk mengisi masa lapang dan menenangkan fikiran hahaha.

Oh lupa.. hari tu aku ada pergi showcase si Kim Jong Kook (Running Man) dekat Kota Damansara. Gigih aku pujuk laki aku ajak pergi. Ingatkan tak dapat macam masa Lee Kwang Soo datang haritu.. Rupanya dia balik kerja ajak aku pergi. Hahaha. dapat juga kita bertemu walaupon dari jauh ye Kokie. Mehmeh.. Nah aku tepek gambar gegar yang aku dapat ambik. Biasalah benda FREE mana dapat duk depan sana.


Adalah ambik video dia tapi aku tak rasa lepas kalau aku tempek sini menggunakan tenet subsidi kerajaan ni hahahaha. Kemudiannya aku sibuk dok siapkan kad kawen bajet adik aku. Tula hari tu aku belagak konon nak banje kat kawen kat dia. Sekali ushar-ushar, mahal pulak. Sampai RM500 kad kawen memang akak ko ni tak mampu dik. Hehehe baik akak ko ni tukar HP baru dengan duit tu. Tak pon beli emas baru. HAHAHAHA.. oleh itu aku dok menggila menyiapkan kad last minute dengan bermodalkan RM54 hengget. Sampul aku suruh dia beli sendiri hehehehe. Amacam? lawa tak? semua suruh aku buat bisnes benda ni. Maaflah.. melayan kerenah orang paling aku tak minat. Bila aku buat ni kira sepesel kes la ni. HAHAHA.


Jenuh aku dok potong menda ni sampai sakit tangan aku dibuatnya. Selamat mengkawen adik aku. Ni satu-satunya adik aku. Aku dah habis gempak menyediakan kad dan lagu-lagu power untuk dikaraokekan time dia kawen. Sapa marah cabut sound macam kes keje kawen dulu memang aku ngamuk. lagi satu aku ngamuk kalau aku tak diberi peluang untuk nyanyi macam masa keje kawen aku dulu. ARGH! MENCIK!

Dan kelas korea aku masih ada berbaki 1 kelas lagi minggu ni. Ya Ampun malasnya aku nak pergi. Sebab aku benci dengan kata-kata "Awak beruntung sebab dapat dia jadi pasangan awak." Hei! aku terasa direndah-rendahkan. Aku kan budak baru belajar!!! Kawan tu dah masuk 2-3-4-5-6 jenis kelas kot. dah bertahun belajo kot!. 



Tu bukan tulisan aku. tulisan budak tu. Kalau aku yang tulis gerenti aku translate bahasa melayu terus!!!.  Dan akhir sekali.. AKU MASIH LAGI GEMUK!


Sekian!
p/s: dugaan meresahi diriku ini

You Might Also Like

0 Komen