Petang-petang macam ni tiba-tiba datang mood nak berkraf. pupel nak cuba buatkan bunga pegang untuk kawan sempena pertunangan dia tak lama lagi. ingat nak buat macam ni la. tapi mungkin hasilnye akan lari banyak hahaha.
Haritu pupel ada cerita yang pupel pergi ke Nuffnang Premiere Screening of Safe House kan :) tapi sampai la ni tak cerita-cerita lagi tentang Safe House ni.
Ulang Tayang Gambar Kat SINI
SAFE HOUSE ini mengenai Matt Weston (Seorang CIA) yang diamanahkan untuk menjaga sebuah rumah dimana dirumah tersebut mereka akan menerima tetamu yang terdiri daripada individu yang didapati bersalah dan dalam tahanan CIA
Matt Weston
Tobin Frost merupakan seorang yang dikehendaki oleh CIA kerana menjual rahsia-rahsia CIA kepada individu yang boleh memberikan beliau duit, telah ditangkap oleh CIA ketika sedang menyelamatkan diri dari "kumpulan" yang memburunya. Dan Tobit juga memiliki maklumat yang sangat di kehendaki oleh kumpulan tersebut.
Matt Weston menerima "tetamu" bernama Tobin Frost namun ketika dalam proses soal siasat, rumah tersebut telah dicerobohi oleh kumpulan yang memburu Tobin Frost. Matt Weston terpaksa mengikut prosedur biasa dimana jika rumah tersebut dicerobohi, Matt harus menyelamatkan Tetamu dan mengikut arahan dari pihak atasan.
Ketika disoal siasat.
Matt berjaya membawa Tobin Frost bersamanya namun Tobiin berjaya melepaskan diri. Ketika belaku adegan tembak menembak, Matt telah dipersalahkan oleh media dan diburu sebagai orang yang dikehendaki.
CIA pula meminta Tobin diburu sehingga dapat dan dibawa ke rumah yang lain oleh Matt. Matt berjaya menangkap Tobin namun Tobin acap kali menyatakan bahawa Matt cuma akan dijadikan KAMBING HITAM oleh CIA yang mempunyai agenda tersendiri dalam tujuan untuk menangkap Tobin. Apa terjadi lepas tu?? Kene tengok sendiri muahahaha.
Bagi pupel
+Memula rasa cerita ni membosankan.Lama-lama besh pulak tengok orang kene tembak. Muahaahaha
+Kualiti filem cerita ni hampehhh.
+Giler la masa adegan kejar mengejar kereta.. habis kemek semua. muahahaha.
+Cerita ni banyak kene fikir. nak tengok kene fokus.
+Terkejut-terkejut masa adegan tembak menembak, aduhaiii..
+Dalam cerita ni ramai sangat yang MATI
+Happy Ending la..
Apalagi..sapa yang tak tengok tu, pie la tengok..
aku selalu berangan-rangan nak pakai jam. bukan apa aku ni jenis suka beli jam tapi tak pakai. jam yang dibeli pulak murah je. so kalau tak pakai memang tak menyesal haha. Tapi ada satu jam tu memang akuriki dah lama. suka sangat. aku nak beli yang tipu-tipu punye tapi dikekang hebat oleh en suami. katanya kalau dah tipu pun RM50 baik beli yang ori kalau RM200++ pun sah-sah ori.
So haritu en suami bawa pupel pergi kedai Casio.. so kami pun membeli sebijik jam ohsem yang akuminat giler tu. akubajet dalam RM150 je sekali tu jam tu RM225.. Gerrr.. minat punye pasal. aku hangkat juga. :)
Memula nak batalkan niat beli Casio Vintage Gold ni sebab lari bajet kan. konon nak beli jam lain tapi yang jarum la.bukan digital.tapi dapat ayat baik punye dari suami:
"macam lah ayang pandai tengok jam yang ada jarum tu"
ok fine.. aku memang tak pandai tengok jam biasa ok.. huhu kalau tengok juga mesti aku kira, 5,10,15...... tak ada bakat betul nak baca jarum jam hahahah!
aku dah lama sangat nak beli lappy sejak lappy akusi compax tak lagi dalam tangan. good bye sayang.windu kamu compax tapi antara kita.. TAMAT..hahahaha.. sekarang antara wishlist tahun ni dah tercapai. terima kasih KWSP sebab bayar balik duit potongan aku sepanjang 3 tahun berkhidmat dengan kerajaan kerana memilih SKIM PENCEN. hahahahaha.
Ini dia si VAIO PINK aku tu.. menawan sebab warna dye pink. purple tak ada pulak. yang ada biru, putih, pink dah hitam. aku berminat kaler putih tapi sekali tengok ada pink, i hangkut terus tapi suami cakap, "abang malu nak guna laptop ayang". hahaha. tak sedar diri beli PSP pun kaler PURPLE..
VAIO VPCEG28FG
Intel Core i5-2430M Processor 2.4o Ghz
With Turbo Boost Up to 3.00 Ghz
Window 7 Home Premium (GA-bit)
Memory 4GB/Hard Disk Drive 500 GB
Klasifikasi: PG13
Pelakon: Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson, Vanessa Hudgens, Kristin Davis
Director: Brad Peyton
Pelakon: Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson, Vanessa Hudgens, Kristin Davis
Director: Brad Peyton
Korang dah tengok cerita ni? uhh besh tau. sesuai untuk kanak-kanak dan remaja yang suka aksi pengembaraan tapi sayang cerita ni berklasifikasi PG13. mungkin sebab adegan cium buat cerita ni berklasifikasi begini hahaha. ok dibawah ni pupel berikan sedikit sinopsis cerita ni.
SINOPSIS
Journey 2: The Mysterious Island ialah cerita mengenai Sean Anderson yang percaya bahawa datuknya, Alexander Anderson telah menghantar pesanan untuk memberitahu tentang kewujudan Pulau Misteri. Hank pula bergelut dengan anak tirinya Sean Anderson yang agak sukar dikawal namun misi menjadi Pulau Misteri telah merapatkan mereka. Hank membantu Sean Anderson mencari Pulau Misteri seperti yang dijanjikan kepada isterinya (mak Sean Anderson) bagi membuktikan bahawa pulau itu tidak wujud.
Mereka ke Palau untuk ke Pulau Misteri dan telah mendapatkan bantuan dari Estrellita dan ayahnya. Perjalanan mereka ke Pulau Misteri berhadapan dengan masaalah apabila mereka bertembung dengan puting beliung namun mereka berjaya sampai kesana. Sayangnya helikopter milik ayah Estrellita yang dinaiki mereka hancur lebur.
Di Pulau Misteri, mereka berhadapan dengan Mengkarung besar namun diselamatkan oleh Alexander Anderson yang memang menanti-nantikan kedatangan Sean Anderson . Alexander Anderson tidak sefahaman dengan Hank kerana Alexander Anderson suka memerli-merli.
Ketika pengembaraan mereka ke tapak kota lama, Hank mendapati air semakin deras naik dan memberitahu kepada Alexander Anderson bahawa Pulau Misteri akan tenggelam namun disangkal Alexander Anderson yang menyatakan lagi 14 tahun baru Pulau Misteri akan tenggelam. Namun hank berkeras dan mereka cuba mendapatkan kapal untuk kembali ke Palau.
Mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kapal tersebut manakala air pula semakin deras menenggelamkan Pulau Misteri. Namun akhirnya mereka berjaya berhadapan dengan macam-macam halangan untuk kembali ke Palau.
aku sempat tengok Underworld Awakening lepas bawa en suami pergi klinik haritu (lupa hari apa). cerita ni memang besh. penuh aksi. rasa masa berlalu begitu cepat dengan aksi si selene. aku tak dapat nak buat sinopis cerita ni macam mana, tapi untuk korang yang belum tengok, filem ni harus tengok. memang besh. banyak aksi yang paling penting, TAK ADA ADEGAN SEX.. i likeee it..






