Dina Menyusu

10:12 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Dina dah pun masuk 8 bulan dan 1 minggu. Alhamdulilah dina sihat. Demam melasak tu biasa tapi time ibu dia ni cutilah. kehkeh.. Setakat ni dina lom tumbuh gigi lagi. Ayah dia cakap, masa mengandung mak dia ni tak suka minum susu sebab tu anak tumbuh gigi lambat. Beria dia tanya nurse napa anak dia tak tumbuh gigi. Ada yang aku sekeh ayah dina ni kang..

Dina sekarang masih menyusu badan. Susu ibu. Dia mang tolak setolak-tolaknya susu formula. Memang pernah campur. Plus dekat rumah pengasuh pun memang aku bawakan susu formula sebab aku takut tak cukup dan ada juga hari-hari yang aku sempat bawa 2-3 botol, atau 2oz perbotol je pon.

Aku kompius dengan dina ni. ke aku yang tak cukup ilmu. Dina minum susu dalam botol tu tak banyak. 3oz nak habiskan perfeeding pon payah. Biasanya aku letak dalam botol 3/2oz je sebotol dan hantar 3-4botol je sehari. itu pon kadang-kadang lebih sebotol.

Pernah satu masa tu dina minum sampai 4.5oz sebotol tapi sekejab je. Lepas dah melasak, pandai duduk, pandai meniarap, pandai merangkak, dia kurang nak minum. Ada masa pengasuh cuti, aku suruh akak n suami aku jaga. Suami aku cakap susu yang aku letak 3/2oz dalam botol tu dia bahagi dua. kadang-kadang bahagi 3 sebab payah nak abis. Pengasuh pon xde cakap yang dina tak cukup susu. Pengasuh aku mang kuat bercerita so aku rasa betullah. Pengasuh cakap myb dina dah makan so minum pon kurang. Main pun kuat. Aku tak dapat nak agak dina ni minum banyak mana sebab dia kan menolak untuk minum botol dengan aku. Kalau aku nampak dia minum botol mang ajaiblaa..



Aku sekarang gigih pam untuk dina. Kadang-kadang aku rasa ada hikmahnya anak tak mo fm ni. Dina nak suruh aku usaha juga dapatkan stok yang cukup untuk dia. Sebab niat aku tersasar. Mang kalau boleh nak susukan dina sampai 2 tahun. Sebab tuhan bagi juga rezeki walau makin hari makin kurang. Ilmu kene gali banyak-banyak. Walaupon sekarang pam hari ni untuk stok esok. Walaupon sekali pam dapat 3-4oz je dua-dua belah.



Cabaran malas ngepam, tak sempat ngepam, tengah ngepam anak merengek tu mang kene hadapilah. Sikit pon takpe janji ada insyaallah.. 




"ibu nak susu"
-abaikan seterika belakang tuh..ibu dina mang pemalas he-

You Might Also Like

0 Komen