Cabaran BF Kim Adeleena

12:10 PTG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Huu.. Today dina dah 7 Bulan 2 Minggu 3 Hari. eh kejab lagi dah nak 8 bulan. Pejam celik pejam celik. Dulu masa mengandungkan kenapa rasa so lama. Ayat dalam kepala bila nak beranak, bila nak beranak kan kan? Now dah beso comel lote dah dinaku tu (puji anak sendiri).


"안녕하세요. 김디나입니다"


Hari ni aku terpanggil tok kongsikan tentang penyusuan dina. Yelaaaa.. Dina ni senang jaga, tapi tang susu mang payah tu aku kalah. Dulu dengan masaalah botol susu.. La ni dengan masaalah susu. Bukan dia yang masaalah tapi ibu dia ni haaaa. Tak kuat, pemalas dan tak berusaha hahaha.

Alhamdulilah aku terpilih dan berpeluang untuk nyusukan dina sampai la ni. Memang ada topup-topup juga susu FM tapi la ni dina mang tolak habis susu tepung. Aku kekadang mengepam tak kerap. Hasil tak banyak mana. Kadang-kadang sekali pam nak dapat 3oz pon payah.


Sejak berpindah randah, takde port mengempam
Bos cakap, "mas kita g pam kat taska, ada nursing room.
Betul-betul selesa" thanks bos bagitau :) Love


Kadang-kadang masa pulak tak ada. Biasalah ibu bekerja eceh eceh.. Ada je halangan dan cabaran. Tu je kot cabaran aku selain dari malas. Dina pulak bila susu perah ni sekali minum 2oz pon payah nak habis. Dia minum untuk hilangkan haus je bukan untuk kenyang.



-Susu dengan akak aku yang dok jaga dia sementara pengasuh cuti.
Helok je. siap pandai pegang botol sendiri.
Dengan aku. habis ditepis.
PERANGAI!


Tapi sejak dia dah pandai merangkak ni, siang memang dina minum kurang. Tapi malam, dina non stop menyusu. Akulah haru, terlepas je dia punye menjerit buat aku gelabah pasal apa? pasal bapak dia tu kalau tidur tak boleh bising nanti terjaga. Kalutlah aku ambik dina n nyusukan.

Perangai minah tu tidur entah mana-mana je. Tapi time nages nak kita datang kat dia n sumbat susu. Sedangkan kita kene angkat dia dulu tapi dia punyeeeeeeeeelah menjerit nak susu susu sangat. Apa perangai tak menyabooo ko dina ait ait.


My Sayang

Sekarang ni aku mengalami masalah stok susu yang kurang untuk dina. Biasanya apa aku perah hari ni adalah untuk esok. Kalau aku malas.. mang jahanam.. ni pengasuh cuti,dina dah kurang minum. Sekali pam aku buat dua kali minum. Kata akak dan anak sedara aku, bagi 1 botol tak habis. Bagi 2oz pon payah nak habis. Tapi aku kene juga pam banyak-banyak sebotol kene cukupkan 3/4Oz sebotol untuk hantar rumah pengasuh.

Dina mang dah start makan tapi dia tak nak makan bubur atau puri. 3 Minggu ni dia makan biskut je, Tu pon sekarang aku nampak dia dah mula muak. Aku pening fikir nak bagi dia makan apa pulak lepas ni. Kalau aku buat bubur dia tutup rapat mulut dia. Aigoo. Sakit pale aku fikir. Tapi minah ni aktif je manjang. Alhamdulilah. Merangkak pon dah nak masuk meja dahhh..



"Kim Dina, jadi anak yang baik, jangan susahkan orang ye
Jadi macam ayah hehe"

MUAHHH..







You Might Also Like

0 Komen