Pelangi Muncul Selepas Hujan

10:09 PG


السلام عليكم 
안녕하세요!!

Amboi-amboi tajuk...

Sebenarnya baru sekarang berani nak bercerita sebab semalam baby dah genap 6 bulan dalam perut. Hoyeh!! 

Alhamdulilah.. dah bertahun kami menanti. Kawen pon kalau dikira today dah 3 tahun 9 bulan 1 minggu dan 5 hari. amboi.. ingat!! padahal aku tengok kat daisypath yang aku tempek kat blog ni. Hahaaha. syukur. setelah penantian begitu lama (bagi aku lah)..akhirnya kami dikurniakan rezeki tak terjangka dan tak tersangka ini..

Ceritanya begini.. Raya ritu, memang aktiviti aku laki bini sangat padat. Kita orang beraya di terengganu dulu kemudian dari terengganu aku laki bini melalui kelantan untuk ke Baling, Kedah pada hari raya ke 3 sebab adik aku kawen hari raya ke 4 tu. Kitaorang bermalam di Air Panas Hulu Lenggong. Dalam perjalanan, aku makan kat kedai makan di Tanah Merah. Sampai je chalet, aku dah mula rasa sakit perut. Memula berak batu pastu cirit-birit. 1 malam aku laki bini cirit. Aku bajet myb sebab makan kat kedai makan semalam. 


Tragedi Majlis Kawen Cirit HAHA..


Orang nak bermanja dengan laki asik ulang alik masuk jamban je. Masa tu terus rasa rugi je sewa bilik dok berdua. kahkah.. Kisah cirit tak habis malam tu je. pastu esoknya kitaorang pergi majlis kawen adik aku tu. Aku macam biasa tak ada apa-apa ok je. cuma masa dalam perjalanan nak balik, sakit cirit aku datang balik. Melampau-lampau.. Masa dalam perjalanan balik tu singgah stesen minyak, dah berak.. tapi sakit lagi. Berhenti RnR sampai kene tinggalkan oleh keta-keta abang aku yang berdesup laju gile tu. Eh mana boleh.. aku menjerit kat laki aku, kene berhenti juga sebab kelajuan cirit aku ni tak dapat dikekang-kekang lagi.

So masa berhenti dekat RnR tu aku 5 kali masuk keluar jamban dan akhirnya aku buat keputusan untuk tukar baju. Masa tu aku pakai jubah Chiffon. tapi sebab nak nampak perut kempis, aku pakai gedel.. Kempislah sikit. 


Baju yang dapat ku pakai sekali 
dan menimbulkan huru hara haha

Lepas aku tukar baju pakai tshirt dan skirt yang longgar.. Cirit stop. cuma aku angin-angin je. Time dah jumpa balik dengan abang-abang aku yang bawa keta laju tu, aku sempat mintak segala jenis mak nenek minyak untuk disapu dekat perut aku sebab aku dah tak tahan angin n sakit perut. Antaranya minyak geligalah, yew yie.. dan minyak baby (lupa nama dia).

Perjalanan nak sampaikan ke rumah abang aku kat Cheras habis melayankan perut angin je. Sabojela. Tapi malam tu ok dah. Esoknya dah boleh hip hip horrey beraya sana sini cuma sebab asik cirit-birit, penyakit yang lain datang juga. Siap pergi kedai beli ubat. Tapi aku tak beli ubat makan pulak time tu..  So selepas tu kami sambung perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan laki aku dapat call beritahu kondisi mak dia yang macam tak berapa mengizinkan.

Aku dah mula risau sebab aku tengok haritu mak mertua aku tu lain macam. Suara dia cakap dah ke dalam. Entah kenapa detak hati aku kata mak mertua aku tu macam dah tak lama sebab dia kene cancer perut tahap penghabisan dan doktor pon cakap bawa balik cubalah ubat kampung.. Plus aku tengok dia pon ada masalah hati (mata dah kuning habis). Aku cakap kat laki aku mehlah balik ganu. Tapi laki aku cakap tak sedap pulak sebab baru sampai johor (laki aku risau kalau mak aku terasa, yela kami baru sampai johor tak tidur lagi, dia cakap kita tunggu lagi).

Pukul 4 pagi dapat call cakap dah nazak., aku dah siap kemas tapi orang ganu tak bagi balik. Aku dah tak keruan sebab hati aku cakap memang dah tak lama. tapi laki aku cakap takpe takpe. So sambung tidur balik. Masa tu tah kenapa badan aku sakit gile-gile. So mak aku bagi aku ubat 3 serangkai untuk sakit belakang aku tu. Haritu aku ajak laki aku gerak balik ganu, tapi laki aku cakap biar dia balik dulu n cari tiket ke terengganu dari batu pahat tapi semua dah habis. Call putrajaya sentral, diaorang cakap ada tiket lagi so kami gerak ke putrajaya. Sampai air keroh, dapat call, mak dah takde.. masa tu aku galat sangat. Aku dah cakap, balik pagi tu juga. tapi takmoh.. Laki aku redha sebab dia cakap nak balik pon takut, orang terengganu asik cakap balik pastu call balik cakap tak payah. so serba salah.

Kami pon gerak terus lah ke putrajaya nak ambik barang (Barang untuk laki aku ambik test SPA --Cerita lengkap dekat SINI) n konon-konon anak sedara dia nak tumpang. Udahnya dua-dua tak jadi tumpang n buat perjalanan kami semakin jauh. Sop-sop. Sepanjang perjalanan balik terengganu, laki aku tak leh drive. dia punya mengantuk tahap gaban. Aku pon sama tapi aku kene drive juga sebab laki aku tak leh buka mata, Dan terpaksa berhenti banyak kali untuk tidur kejab. Tapi dengan semangat yang jitu, aku berjaya drive sampai terengganu. Sampai dalam kul 7 dan semua orang dah ada termasuk anak sedara dia yang konon kata nak tumpang. Nak je aku jentik sorang-sorang time tu.

Sampai je rumah, aku dah mula sakit badan dan tak sedap badan tapi sebab sedara ramai, lepas baca yassin, aku dok depan rumah (anjung) kira macam dok sapa-sapalah tetamu yang datang. Time tu aku mula berpino hati dengan makcik laki aku ni.. Orang sibuk nak urus jenazah dia sibuk cerita kat orang kampung yang datang yang aku ni 3 tahun kawen lagi tapi tak boleh-boleh anak (tak mengandung lagi). Sebab fedup aku masuk bilik dan cakap kat laki aku nak baring kejab dan bangun time mak mertua aku nak dikapankan. (time ni dia tengah dimandikan) tapi entah kenapa aku boleh bantai tidur tak bangun-bangun sampai dah siap kebumi tu pon laki aku kejut ajak makan).

Masa bangun badan komain sakit.. Abang ipar aku nak bagi ubat (maajun) kat aku konon leh ubat sakit belakang aku ni. tapi aku taknak.. aku tak nak sebab bila aku teringat n kira-kira, aku dah lewat period 1 hari.. loh.. time tu aku mula takut.

Esoknya aku ajak laki aku beli UPT. tapi dia tak mau. dia cakap nanti takde kecewa. Sampailah seminggu lewat, laki aku tak bagi aku cek. Masa tu hati aku kuat menyatakan yang aku mengandung. Tapi aku still buat kerja berat siap tolong laki aku mengecat rumah. Tapi tibe-tibe bila nak g kencing, aku dapati ada dot brown2.. Time tu aku rasa aku peyed kot. Laki aku ajak pergi mancing, aku cakap tak nak lah sebab kalau period nanti aku senggugut. Tapi tunggu-tunggu takde. So aku pergi la mancing dengan laki aku..

Lepas beberapa haritu aku cite dekat kawan-kawan n depa suruh juga buat UPT. so tanpa pengetahuan laki aku, aku beli juga UPT dan try lepas lunch dekat opis.. HAHAHA.. masa tu takde line kuar so aku simpan UPT aku. lepas 1 jam kot.. aku try buka dan tengok balik. Hasilnya:


Time ni aku tunjuk dekat laki aku. Aku wasap tapi dia balas "eleh ayang tu.. takdelah tu". Yelah masa tu aku down. Aku nak sedapkan hati aku tanya pieja dia kata "macam ada". So aku try buat UPT. masa ni aku buat pukul 4 pagi. Aku set dalam kepala 4 pagi kene bangun. Dan hasilnya:


Aku kejut laki aku. Tak kira nak tunjuk juga. Tapi dia seperti tidak mempunyai respon yang menggembirakan. Dia cakap UPT ni rosak. Jangan percaya. Dan sambung tidur balik. So aku jadi down.. Tapi kawan-kawan cakap beli yang Digital pulak kasi tunjuk sama itu orang. Ko tengok gigih aku nak mempercayakan laki aku yang aku mengandung... Woi aku mengandunglah!!!. So aku pergi beli digital UPT dan hasilnya :


So aku tenyeh UPT ni kat mata dia.. Tengok.. aku kata aku mengandunglahhhh.. Lepas aku bebel selama beberapa hari dan dia malas nak dengar aku bebel agaknya, dia pon bawa aku g klinik An Nur P15 tu dan doktor sahkan aku dah mengandung 5 minggu tapi laki aku cakap ala abang tak cayalah sebabnya masa tu aku scan tak nampak kantung. Sopsop. Masa ini aku masih sedih lagi. Huwa.... so aku sabar dan tabahkan hati aku. Aku rasa laki aku tu xsited juga cuma dia tak nak kecewa kot. So aku buat temujanji kat klinik kesihatan ibu anak p3 dan aku tunjuk scan baby yang doktor bagi. Masa tu amboii.. tersenyum lebar dia..


Lepas aku dapat scan baby ni baru aku leh tersenyum riang. Orang tanya baru leh jawab kalau tak aku rasa blur-blur je nak happy ke atau tak. Sebab bagi aku dapat baby time yang tak disangka-sangka. Sebab masa tu aku memang tak jangka akan mengandung plus aku dah putus harapan. Dah malas nak berharap orang kata.. Pulak time tu aku sibuk diet tak makan nasi. Hahaha. Kuasa tuhan, budak ni lekat time bulan penuh keberkatan, Ramadhan.. tapi aku cakap awal-awal kat laki aku kalau kuar lelaki usahlah kau letak nama Ramadhan pulak hehehe.. Ni pulak letest scan yang aku dapat masa 4 bulan ritu.. Cepatnya masa berlalu dan cepat dia membesar.


Doktor kata budak ni lincah. Susah nak ukur kaki dia dok menendang je. Time 4 bulan ni aku dah rasa sikit-sikit dia gerak dan sekarang memang dah rasa sangat dah sebab dah 6 bulan. Biasanya dia gerak time aku baring tengok TV, baring nak tidur atau aku bagi dia air manis. Amboi budakkk. suka air manis ye ko.. Bapak ko bising mak ko asik minum manis. Hehehe.. Harap-harap ujian darah air gula ritu takde apa-apalah. Maleh mak ko nak ulang alik klinik banyak kali. Hehehe.. dan inilah keadaan aku dah 6 bulan mengandung.. atau dalam kata lain membuyong..



Takde perubahan apa-apa melainkan perut makin ke depan. Alahan semua takde cuma aku takleh nak bau nasi goreng kedai punya atau sendiri masak. Tapi kalau mak aku masak, aku membedal je. dan tak boleh makan berat waktu malam. Rasa nak muntah. Alhamdulilah macam mak aku cakap, aku ni tak banyak alahan sama macam dia. Tak muntah-muntah semua. Semogalah anak ini dapat aku kandungkan dengan baik dan melahirkan dengan selamat. Amin-amin.. dan persiapan dah mula aku buat sikit-sikit. Bapak dia tak xsited nak beli baju sebab tak tahu jantina lagi tapi bapak dia dah xsited beli stroller, katil tilam semua. Yang besar-besar dah beli dah Alhamdulilah.. 

p/s: ada yang cakap anak aku lelaki (kawan-kawan, auntie cleaner), ada yang cakap perempuan (100% keluarga aku cakap girl termasuk laki aku) dan kata hati aku?? haha. tak surelah kita tengoklah apa yang keluar nanti. Yang penting baby selamat dan sihat. Tolong doakan ye. :)

Buat kawan-kawan yang belum ada lagi, sabar dan tabah ye. Penantian memang satu penyeksaan (teringat time pegang UPT negetif dekat bilik air sambil menangis. 2 tahun macam tu). Tapi bila dia datang, tanpa terduga.. manisnya kita juga rasa.. Yang penting jangan fikir sangat, jangan stress2, enjoy your life, buat apa yang kita suka time ni... dan jaga makan (jangan makan benda tajam-tajam) dan aku galakkan untuk diet secara sihat. Tak payah ambik macam-macam suplement nak kurus lah nak putih la nak mengandung la.. kita buat secara natural dan banyak-banyakkan berdoa. Insyaallah, kalau memang dah masanya, Dia pasti bagi punya.. Sabar je yang mampu kita buat. Okeh? Dan aku akan sentiasa doakan buat kawan-kawan yang nak baby tu. Sebab aku tahu betapa peritnya menanggu ng perasaan nak tapi tak dapat tu 3 tahun lamanya. Myb ada yang lagi lama dari aku.. Sabar ye dan berusaha. 아자아자 화이팅!

You Might Also Like

0 Komen