DIY Fridge Magnet

12:44 PTG


السلام عليكم 
안녕하세요!!


Hari ni aku saja nak kongsikan kepada korang macam mana nak buat Fridge Magnet gambar sendiri. Dah lama sebenarnya aku nak cuba DIY fridge magnet yang ada muka sendiri tapi sebab tak jumpa-jumpa magnet paper, asik terkandas je.. So bila dah jumpa magnet paper, bolehlah teruskan projek.

Aku saja-saja je nak buat fridge magnet ni sebab boring tengok peti ais rumah aku tu dok kosong je plus saja mengisi masa terluang kat opis time takde kerja, Sekarang ni nak berjalan bawa badan memang malas, so kita duduk diam kat tempat dan buat apa yang patut jela..

So bahan nak buat Fridge Magnet ni senang je.. 

1) Magnet Paper - Aku beli online dekat lelong, RM8 untuk sehelai magnet paper size A4 ni dan boleh klik sini untuk beli  --> A4 Flexible Soft Magnetic Sheet


2) Sticker Paper -  Yang ni boleh beli dekat mana-mana kedai buku. Size A4. Aku beli banyak-banyak RM25 untuk 50 helai. Rasanya ada yang jual sikit-sikit. Kalau nak lawa cari yang kilat tapi sebab tak jumpa, aku pakai yang biasa je.. Kat bawah ni setelah aku print dengan gambar yang aku nak buat Fridge Magnet tu, Kemudian, Gunting..





3. Komputer/Printer -  Untuk print gambar di kertas paper
4. Gunting

Cara-cara buat Fridge Magnet :

Print gambar yang dikehendaki di kertas Sticker.. Kemudian gunting dan tampal di Magnet paper macam dekat bawah, dan kemudian guntingkan ikut ukuran yang kita nak.. SIAP!!




Kat bawah ni antara Fridge Magnet yang aku dah siapkan dan dah pon tampal dekat peti ais. Laki aku nak buka peti ais dia cakap " apa ni yang.. malu jeee". Ah.. orang lelaki memang tak tahu seni dan menghargai usaha bini dia ni. HAHAHA





SELAMAT MENCUBA

You Might Also Like

0 Komen