Persiapan Menyambut Orang Ke 3

10:32 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!


Hari tu aku dah ceritakan yang aku dah mengandung dalam entri Pelangi Muncul Selepas Hujan.. dah 6 bulan pon. hari ni dah 26 minggu.. Alhamdulilah. Perut pon makin ke depan je aku tengok. Bak kata laki aku takkan makin kempes pulak..


25 Minggu 
Agak-agak korang Boy Ke Girl?


New 26 Minggu
Ha? Dah dapat agak lom?

Dah 6 Bulan ni persiapan pon dah boleh dikatakan 70-80% dah pon aku n laki aku buat. Aku rasa aku start beli barang baby masa aku mengandung 4 bulan kot. Aku pon tak sure. Dan barang pertama yang aku berani beli ialah botol susu. Masa tu aku kemaruk tengok botol susu dekat Instagram sampai tak sedar yang harga botol aku beli tu mahal rupanya. Ada seller yang jual lagi murah tapi sebab aku dah janji, aku beli juga dan tak cancel order. Tak sampai hati sebab pernah jadi peniaga online dan rasa sedih juga kalau buyer ilang tanpa kata atau cancel order.  Nilah botol yang aku beli.


3 Biji botol kaler pepel..
Ni kalau keluar boy, ekau tala la juga botol ni ye baby..

Oleh sebab botol tadi beso, ada juga aku beli Tommee Tippie 5oz punya dua biji. yang biasa punya. tapi mak aku ada pesan jangan beli botol yang beso-beso tapi alamak mak, anak mak dah terbeli kahkah.. emak tala je la baby dengan botol-botol ini hahaha.



Botol memang aku beli tommee tipiee sebab bentuk dia lawa dan banyak pilihan kaler selain ramai yang pakai kot. Tapi takut gak kang tibe-tibe budak ni tak nak botol ni.. tapi aku rasa ramai yang pakai kot botol TT ni so potensi nak laku kalau letgo pon senang.

Lepas beli botol ni, aku dan laki aku ada beli baju sikit-sikit. 1st kitaorang beli dekat Jusco. Masa tu baru start YES.. 15hb 11 tak silap. Aku beli 2-3 pasang je rasanya dan beli sarung tangan n sarung kaki sekali. Sebab dah pernah ikut kawan-kawan shopping barang baby dan aku dok perati je so aku dah tahulah size apa patut beli dan sesuai beli. So aku pon beli. sekali tu ada seluar tersalah ambik size. nasib besar so takde hal dah besar leh pakai..

Lepas tu, aku ada ke Manjaku Bangi dan beli lagi beberapa helai.. Masa tu ushar sekali katil baby dan stroller.. Tapi tak beli. Lepas tu sekali lagi aku pergi Manjaku dan kitaorang beli tilam baby, beli baju lagi, napkin, kelambu. Nak beli katil tapi katil tak de stok. Kemudian pergi Kaseh Ibu, Bangi juga dan beli Rocker. Rocker ni permintaan mak aku. dia kata beli rocker dan bawa balik kampung. So aku beli jela.. 

3 Minggu lepas tak silap aku ajak pulak laki aku ke Marissa Shoppe dekat shah alam, Saja nak cari barang baby kat shah alam sebab laki aku kebetulan nak cari barang kereta dekat sana. So aku merenget nak ke Marissa Shoppe kat seksyen 20. Kat sana memula nak beli barang TT je sebab ada promosi tapi laki aku nampak je katil baby dan stroller dia dah menggila. So belilah sebab tuan kedai pon bagi diskaun sebab kitaorang beli banyak barang. Kat situ je habis seribu lebih. fuh fuh.. Mengucap...


Stroller aku ambik jenama SCR6. Konon terpikat sebab tayarnya 3 nampak comel. Nak beli Quinny, mampu beli Buah Kuini je.. Laki aku beria suruh beli stroller sebab kata dia, dia takleh nak dokong baby lama-lama sangat sebab bahu dia lenguh. Yelah kan dia si patah bahu dengan tangan berbesi. So kita beli jela.. Dia nak beli kan... kita jadi mak cuba demand sikit mana yang boleh kita kasi cucuk HAHAHA. Beli juga carrier untuk letak kat keta nak membawa anak g taska. Kang dah beso.. kita beli beso pulak. Time tu laki aku tepuk dahi.. Kata dia banyaknya nak kene beli.. Rasa nak sekeh je.


Carrier aku ambil SCR7 kaler pepel. Akak kedai tu tanya tak moh merah ke. Jawapan harus tak mohhhhhh. Kalau SCR6 tu ada pepel pon aku nak. Quinny ada wei. lawa tapi mahal. Insap.. Katil pulak pilih katil kayu je sebab itu yang laki aku berkenan sampai duduk tepi katil tu tak nak bergalih. Ape pesenlah kalau dan berkenan, memang duduk melekat juga. Ni kalau kene kat anak pesen gini,pening kepala aku..


Gambar Lunatoot Shah Alam.

Macam ginilah lebih kurang katil yang dia berkenan tu.. Tapi takdelah tilam bagai tu. Tilam yang ada tepi-tepi tu aku dah ushar harga sampai RM250++ juga. Insyaallah aku ingat nak beli dengan duit bonus sekalitu bonus tangguh lak hahaha. Insyaallah nanti beli. Laki aku kata letak je bantal-bantal tepi tu.. tapi aku tak berkenan dengan cadangan laki aku tu. Aku takut juga kalau-kalau bantal tu jatuh ke tengah dan hempap baby ke apa. Risau mak nak.. risau.

Selepas-lepas tu aku kurang dah membeli barang baby. Ada lagi yang kene beli sebenarnya. Banyak lagi sebenarnya tapi kami tunggu gaji baru beli sikit-sikit. Barang yang besar-besar dah beli so dah lega.. Antara yang belum aku beli lagi :

BARANG
CACATAN
 Baju Siang (Lengan Pendek/Baju Lubang)
Kene Beli Lagi 5-6 Pasang
 Baju Malam (lengan panjang)
Kene Beli Lagi 3-4 Pasang
Rompers
Tak Beli Lagi
Legging
Tak Beli Lagi
Tuala Leher (Bib)
Tak Beli Lagi
Tuala baby
Tak Beli Lagi
Diapers
Tak Beli Lagi  
Wet Tissue
Tak Beli Lagi
Bag baby
Tak Beli Lagi
Botol spray air
Tak Beli Lagi
Selimut baby
Tak Beli Lagi
Minyak Yew Yie
Tak Beli Lagi
Cotton Bud
Tak Beli Lagi
Cotton Ball
Tak Beli Lagi
Besen Mandi
Tak Beli Lagi
Nappy Cream
Tak Beli Lagi
Sabun Pencuci Botol
Tak Beli Lagi
Berus Pencuci Botol
Tak Beli Lagi
Bekas Susu
Tak Beli Lagi
Penyangkut Baju Bulat
Tak Beli Lagi
Almari baju (Dekat  Rumah)
Tak Beli Lagi
Bekas Pakaian
Tak Beli Lagi
Tarmos Air Panas
Tak Beli Lagi
Bekas Air Masak
Tak Beli Lagi
Bakul Letak Susu
Tak Beli Lagi
Tempat Simpan Susu
Tak Beli Lagi


Macam aku cakap banyak barang kecik-kecik je yang tak beli lagi. Dan barang-barang aku sendiri pon aku tak beli lagi. HAHAHA. Aku punya barang takdelah banyak mana.. Bengkung aku pakai akak aku punya. Yang lain-lain macam baju tshirt dan kain batik memang aku kene beli sebab aku tak banyak tshirt dan kain batik pon ada 2-3 helai tu pon laki aku yang pakai kalau time kain pelikat dia aku kumpul basuh semua. Ni antara barang yang aku rancang kene beli untuk diri sendiri:

BARANG
Kain Batik
Baju Tshirt Tebal
Disposal Breast Pad
Nursing Bra
Seluar Dalam
Disposal Panties 
Maternity Pad
Tungku
Minyak Panas 
Jamu
Cardigan
Selipar
Stokin 

Tapi satu hapah aku tak beli lagi. Insyaallah kang bulan 2-3 aku mencarilah. Bajet nak balik ganu bulan 2 ni nak g borong kain batik. Eh eh tapi pasar payang kan banjir ritu. ekekke. Sekarang ni juga aku ada 1 benda yang pening difikir sama ada nak beli atau tak iaitu Breast Pump. Aku ingat nak beli yang single elektrik tapi takut tak terpakai. Tapi kalau pakai... bila beli single takut rugi pulak. Aish peninglah aku fikir. Last-last sampai ke sudah aku tak beli. Ke aku beli online jelah kat kampung nanti incase perlu benda tu. eh aku peningla..

Pasal taska baby, aku dah cari. Peh gila awal aku cari. Sebenarnya aku takut full. Aku dapat taska Surinaz dekat P18. RM380 sebulan. Tiada yuran tahunan. Pendaftaran RM100. 


So aku siap-siap dah daftar sebab aku takut tak dapat. Baby insyaallah masuk taska bulan 8 karang sebab aku beranak bulan 4. Cuti sampai bulan 7. Tapi aku nak tambah cuti habiskan sampai bulan 7. So baby naik taska bulan 8lah.. Ada rezeki nak apply taska bawah opis ni tapi kalau tak de rezeki aku redhajela janji baby ok kat taska nanti. Harap-harap ok insyaallah..  Aku ni tak cerewet tapi aku jenis tengok-tengok juga. survey-survey juga.. Dan suami suruh cari tempat yang dekat mudah untuk aku hantar. Yela yang kene hantar aku sebab laki aku kerja kat Banting.. Mana melalui Putrajaya kan.

Cerita pasal berpantang pulak.. Aku berpantang dekat rumah mak aku di Joho. Aku ingat nak duduk sana sampai lepas hari. Kira dalam 50 hari je kat kampung. Lepas tu nak balik Putrajaya sebab aku kesiankan suami aku. Yelah dia kerja 6 hari seminggu. Dia pesan dah kat aku.. "Abang cuma dapat balik 2 minggu sekali je jengah ayang dan baby. Abang tak boleh nak cuti setiap hari sabtu nanti kawan-kawan group kerja abang tak puas hati". Yelah aku faham kerja laki aku tu. Dia kerja group-group. Buat kerja sama-sama kalau ada rosak. So kalau hari sabtu je laki aku kerja tak ke orang lain jeles? So aku pon cakap "nanti dah habis hari abang datanglah ambik ayang. Ayang nak duduk putrajaya dengan abang". Yela kesian pon kesian jugakan. Aku kalau leh tak nak susahkan laki aku n aku pon nak bagi mak aku rehat kejab sebab kalau aku duduk sampai raya kat kampung.. Mak aku semput nak sambung jaga akak aku pulak beranak raya tu. HAHAHA.. so aku tak naklah lama-lama kat kampung..Aku dah cakap awal-awal kat mak aku. Hope dia fahamlah. kadang-kadang orang tua ni bukan apa. dia sayu hati nak berpisah dengan cucu tapi takpelah ni bukan cucu pertama, ni cucu ke 17 mak aku pon. hehehe..

Pasal tukang urut/bidan tu perkara kecik. Dah tempah bidan kampung bestfriend mak aku tu. kenal beno dari belum kawin sampai dah kawin memang aku rajin mengurut dengan bidan tu. Dulu bidan tu (mak ngah nama dia) ada cakap kat aku, "ko ni lambat mengandung ni, sebab garis perut ko ni tak nampak.. samar-samar je aku tengok. Bukan tak boleh tapi lambat". puihh dah nama bidan betul kata dia.. Haritu time adik aku kawen, dia baru nak cuit-cuit mak aku tanya aku dah ada ke? tak sempat ditanya mak aku dah cite satu dunia. Malu aku. kahkah.. orang tanya aku senyum je time tu sebab tak tahu nak gembira ke nak suka ke nak ketawa ke, Hahaha, bak kata mak ngan "Ko nak malu apa, ko mengandung berlaki. Lainlah yang takde laki".. sekali fikir.. ye tak ye juga erk. HAHAHHA. Dah buat buku merah, dah 4 bulan baru aku tak malu-malu nak ngaku..

Scan 4D/Jantina.. aku tak sabar nak scan 4D budak dalam perut aku ni. Temujanji dekat Klinik Jameaton hari Ahad ni. Bapak dia beria nak tahu jantina. Aku tak kisah tapi orang kata kita ibu bile mengandung, kita dapat agak dia ni laki ke pompuan erk.. Entahlah, aku terima je kok lanang atau wedok (L/P) janji sihat dan kuat. yehaaaaaaa.. 

p/s: Bapak ko kata, kalau ahad ni ko kepit-kepit tak moh tunjuk.. dia nak heret mak ko ni g scan lagi sekali.. hu. sabojela.. 

Nama baby.. aku memang takde fikir nama baby ni apa.. Aku letakkan 100% urusan bagi nama pada bapak baby. Sebab semua nama aku bagi dia bantah 100% tanpa pertimbangan. Laki aku tu dah cari nama tapi aku tak sure dia dah kompomkan belum. Nampak macam nama perempuan dia dah confirm (aku pon setuju sebab sedap juga nama dia pilih). Nama lelaki payah katanya. Jangan balik JPN ko namakan anak  upin ipin dah la sayangoiii. i redha jela kalau sekali balik nama anak i Arsenal bin Zakaria (Incase lelaki). huwaaaaaaa. terus menagis sebulan dalam keredhaan.

Itujelah cerita persiapan aku. tak tahu apa lagi yang aku ada tertinggal. Punya banyak list dapat tenet ni aku google. Aku cari ilmu dan ilham hahaha. Ni pengalaman pertama kan. Banyak benda yang aku tak tahu. Aku refer dekat akak-akak aku. Kat kawan-kawan aku. Mana yang aku dah dengar cite depa, aku tak tanya. Aku tanya orang lain pulak. Yelah lain orang lain cara dan pengalaman. Semogalah aku selamat menjalani fasa ke 3 pulak dalam kehamilan ini. 1 minggu lagi dah nak masuk fasa ke 3 (dup dap dup dap). Dan semoga aku selamat melahirkan anak ini secara normal.. Amin amin.. 







You Might Also Like

2 Komen