Baby Boy Or Girl?

4:11 PTG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Haritu aku ada buat scan dekat Klinik Jameaton. Konon nak buat 4D tapi oleh sebab baby malu macam bapak dia. Udahnya jadi 2D je.. Aku pon tak tahu kenapa tukang scan tu tak moh scan je 4D walaupon baby tu tutup muka. Sukatilah dia nak tutup. Aku nak ushar jantina je sebenarnya. Hoho.

Mehlah aku perkenalkan Zakaria Junior versi Hitam Putih. Dengan tangan atas dahi macam pikir masalah dunia.. pastu isap jari.. Aish aish baby.. ikut perangai sapalah ni. Tapi kata tukang scan tu.. ikut perangai aku sebab kebetulan masa baring nak scan tu.. tangan aku belah kanan memang letak atas kepala..aigoo.. Budak ni tak tidur tapi aku rasa memang time petang dia kurang aktif.. Biasanya budak ni dush-dush dalam pukul 12. Tapi sebab hari ahad tu nunggu bapaknya layan tahi mata sampai kering.. Kul 1.30 baru gerak ke klinik. Tupon klinik dah call tanya jadi datang ke tidak.. Kul 2 sampai, aku orang pertama yang discan.


Sebeno-benonya aku rasa tak puas hati sikit scan haritu. Sebab aku rasa cepat sangat dan tukang scan tu tak nak pon pujuk-pujuk baby aku ni buka muka dia. Kejab je bila tak boleh nampak muka terus pindah scan lain. Jantina pon sama. Aku cakap berkali-kali suruh tengok balik sebab yang pertama kali tu dia kepit. Tak nampak dia punya tuttt... Akhirnya nak juga dia pergi balik scan jantina. Ni ha. aku tak tahu la lanang kok wedok. Kata tukang scan tu, lebih kepada wedok tapi apa-apa pun tunggulah lepas bersalin nanti. 


Laki aku dah tersimpul-simpul malu bila dibagitau lebih kepada wedok sebab dia tu memang keras kata aku ni mengandung wedok.. Nama pun siap ber maz maz dah dipilihnya. Bila suruh cari nama lelaki.. blur memanjang. Tapi oleh sebab ada segelintir kawan-kawan kata anak lelaki, aku dah suruh laki aku tu mencari nama anak lelaki.. Aku memang tak cari nama ni sebab semua nama yang aku pilih kene blacklist. Aku pon dalam proses nak pujuk laki aku letak nama yang aku pilih dekat tengah2. 3 huruf je pon tapi kene charge 3 syarat yang boleh mudah alih (maksudnya boleh diguna bila-bila masa dan berubah-rubah mengikut keadaan).. Ade ke camtu?? 

Aku laki bini kalau boleh memang nak anak first ni perempuan sebab aku rasa bila ada kakak, leh jaga adik-adik. Tapi kalau dapat lelaki, aku okeh je.. Orang kata anak pertama ni tak yah demand2 sangat lagi dah lama pon kami laki bini menanti nak baby..Dah dapat ni alhamdulilah.. Barang-barang pun aku banyak beli warna-warna selamat sampai laki aku kata.. "Yang? ayang ni ngandung anak lelaki ke? semua beli baju kaler lelaki" hahahha.. Antaranya kaler coklat, hijau dan biru..

Tapi bagi aku baju kaler apa pun perempuan leh masuk. Tapi kalau beli pink-pink. yang keluarnya lelaki... dah tak sesuai. So pilihlah warna yang selamat. Nanti dah keluar, nak beli kaler apa pun bolehhh...

Tapi kan, aku macam nak ajak laki aku g scan lagi la sebab tak puas hati haritu scan.. Ehem. laki aku kata macam membazir yangg.. plus dia suruh aku tanya doktor KK masa checkup nanti.. Mana tahu nampak katanya. Huh.. Entahlahh..


p/s: orang tanya, "eh kau dah bape bulan"..aku jawab "7 bulan setengah".. pastu "wei dah packing barang baby ke belum masuk keta"... aku jawab "belum.. nak masukkan barang baby dalam beg.. tapi beg tak beli lagi..hahhaa" 

You Might Also Like

0 Komen