31 Minggu Sudah..

11:47 PG


السلام عليكم 
안녕하세요!!

Pejam celik pejam celik.. Eh!! dah 31 minggu aku mengandungkan Zakaria Junior.


Third Trimster sudah~~~


Sekejab je masa berlalu.. Mulai minggu ni aku dah start kene pergi klinik 2 minggu sekali. Last aku pergi klinik adalah pada 5 haribulan haritu . Next pulak 18.02.15 ni.. sehari sebelum cuti raya cina. Lepas tu aku nak balik terengganu. Kehkeh. ilek je dah 8 bulan nak balik kampung jauh-jauh. Aku tanya dah dekat nurse, nurse cakap takde masalah selagi kita dah get ready semua barang-barang baby kot kot terberanak ke apa ke.. Aku pon harap perjalanan balik kampung nanti takde masaalah. Sejak aku mengandung.. Ni la 1st aku nak balik kampung mertua di Terengganu. Last aku balik masa mak mertua aku meninggal. 7 bulan lepas.. Ko tengok betapa lamanya tak balik. Bukan tak nak balik, tapi keadaan kerja suami aku dan kondisi cuti yang tak ada, aku tak dapat nak balik terengganu. So dah masuk tahun baru ni memang nak balik. Cadanganya nak balik bulan 1 tapi tup-tup mak aku nak buat kenduri pulak haritu. So aku tangguh bulan 2 pulak raya cina ni.



Video di atas ni video masa aku scan hari tu. Tengoklah budak tecik ni. Dia tutup muka dengan tangan dia sebelah.. Sampai atas dahi macam fikir masalalah dunia pastu sebelah lagi nyonyot jari. Alahai budak.. Habis kecut kan jaritu.. Tak puas2 aku rasa tengok video ni. Macam tak sangka.. dalam perut ni ada khalifah kecik dok menumpang membesar 9 bulan lepas tu boleh tunjuk muka kat mama dengan ayah ye..

Aku sebenarnya risau. Sekarang mak aku masuk spital sebab kencing manis dan luka dekat kaki dia tu. Aku pulak dah tak lama lagi nak beranak. Mak aku cakap jangan risau.. Tak lama lagi mak baiklah tapi aku ni bukan risau pasal aku.. Aku risau pasal mak aku tu.. Aku tak naklah dia sakit-sakit sibuk nak menjaga aku sampai sakit.. Aku kalau mampu nak buat semuanya sendiri.. Serba salah juga aku dibuatnya. Kesian juga dekat abang aku yang meniaga sate tu. Mak aku sakit ni mesti dia tak dapat nak meniaga sangat. Plus tak lama lagi aku nak beranak mesti mak aku tak dapat nak tolong dia sangat. 

Alahai.. makin fikir makin sedih pon ada.. Aku harap urusan aku melahirkan dan menjaga budak kecik dalam pantang ni dimudahkan. Dan harap-harap juga baby tak banyak ragam dan memudahkan mak aku untuk menjaga aku sepanjang dalam pantang. Aku pesan kat laki aku awal-awal, esok aku dalam pantang, kalau abang ada kat kampung, tolong mandikan baby, basuh dan sidai baju baby. Tolong mana patut. Malam kalau baby bangun, incase aku tak sedar, tolong aku mana patut. 

Kalau boleh aku tak nak susah susahkan mak aku. Harap-harap dipermudahkan. Kalau mampu semua nak buat sendiri. Nak berpantang sendiri kat putrajaya kompom mak aku tak bagi sebab anak perama katanya.. Serba salah pulak.

p/s: Ya Allah.. Ya Allah.. permudahkan urusanku ini. Amin




You Might Also Like

1 Komen