Tak Lama Dah & 4 Year :)..

11:00 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Eh.. lama dah blog ni berabuk. Tak tahu nak tulis dan cerita apa. Sejak akhir-akhir ni asik cite pasal mengandung, baby je.. Yelah tak lama lagi je Zakaria Junior ni dah kuar tengok dunia dah.. Kejab je rasa. Macam baru haritu tak percaya yang diri ni mengandung ekekeke.. Sekarang ni kandungan aku dah masuk ke 35 Minggu. Dup dap dup dap.. Tak lama lagi dah woi.. 



Beso ke idak??
MAKNYA KOMPOM BESOO


Berat badan sekarang 2 minggu naik cantik 1kg. Entah emak entah budak yang naik makin bambam tu tak tahulah.. Keadaan baby ok.. cantik je kepala dia dah kat bawah. Cuma aku ni makin dekat nak beranak, HB aku turun pulak. Dah kene bebel dengan Nurse tu. Dia suruh aku makan ubat iron yang dia bagi tu tapi dasar degil. Setiap kali makan, asik susah berak dan ada sekali aku muntah terus tak moh sentuh dah. Aku sekarang cuma berdoa je HB aku kembali ok. Boleh gitu? Hahaha.

Lain-lain takde masalah pun. Alhamdulilah syukur la. walaupon ni kali pertama aku mengandung, alahan memang takde sangat.. Kalau dulu aku tak boleh makan malam, sekarang dah boleh dah tapi aku jarang masak. Laki aku kata tak payah sebab dia kata kalau masak pun tak habis. Biasalah kalau masak tu, selera aku makan jadi kurang sebab penat kot. So dia kata, dia tapau je. Hari-hari dia tapau bawa balik makanan lepas keje..

Kaki tangan semua takde bengkak. Aku tanya laki aku, sejak aku mengandung ni aku berubah tak. Dia cuma cakap pipi aku tembam sikit dan perut kedepan tu biasalah kehkeh. Dah nak beranak ni,.. tumit kaki aku mula pecah-pecah. Tak tertanggung kot muatan padu badan aku ni. Lepas beranak ni mang aku kene tekad turunkan berat badan sebab aku sendiri tak tahan asik sakit tapak kaki je.. Nak jalan pon semput..

Aku ada perangai pelik sebelum nak beranak ni. Aku suka nak beli baju la tudung la. Sampai laki aku kata, dah-dah la tu. Beli banyak-banyak esok dah bersalin nanti takleh pakai juga bajunya. Kahkah.. entahlah keje nak melawo je tapi bila pakai tak lawo mana pulak. Aku pon pening kehkeh.. 


kompom,.
yang makin kembang adalah idun..

Agaknya memang perangai orang mengandung ni pelik-pelik.. Nasib aku takde perangai makan kertas ke.. emo ke.. atau nak makan pelik-pelik kehkeh..

Dan alhamdulilah.. Hari ni genap 4 tahun ulangtahun perkahwinan aku dengan laki aku. Dan alhamdulilah tahun ni diserikan lagi dengan kehadiran "kim". Tak shabar dah ni. Kejab je masa berlalu. macam baru semalam dok teringat kenangan lama time bercinta-bercinta. Bercinta lebih masa lepas tunang.. 


Syukur sangat dapat suami macam Zakaria Abd Majid ni. Walaupon tahap kemanjaannya memang tak boleh lawan baby baru lahir, tapi bila dapat laki jenis sekepala.. gila-gila.. penyabar memang cukup-cukup bersyukur. Bab kesabaran tu paling dia ni menang. Kalau bini dia ni memang jenis gelabah 24jam..Kalau adik beradik aku tengok aku n laki aku ni.. masing-masing geleng kepala. Kalau bab gaduh mang power.. Sebab aku ni jenis pot pet pot pet. Laki aku lak jenis pendiam. Tapi sekarang laki aku dah power bab pot pet juga. yelah 4 tahun duduk dengan bini kuat pot pet, memang terikutlah hahaha.. Tapi dia tahu aku ni jenis panas kejab je. Dan laki aku ni bukan jenis romantik. Tp manja tu ye.. Aku ni beria ajak dia g babymoon nak beranak ni teringin nak duduk hotel. Dia cakap nanti kita g hotel bajet RM44 SEMALAM.. fuhh... 

Semogalah ikatan perkahwinan ni berkekalan sampai tua.. Sampai anak-anak besar (amboi ko.. anak-anak) Amin..  Love u ami forever laahh.. (Ami-Suami)


You Might Also Like

3 Komen