Hari Terakhir Kerja Sebelum Beranak He He

4:47 PTG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Diam tak diam kandungan aku dah 38 Minggu dan 3 Hari bersamaan 12 more days!!.. Mak aku kat kampung dah pot pet pot pet suruh aku balik sebab dia takut aku terberanak kat Putrajaya. Oleh sebab mak aku tu tengah sakit, dia agak risaulah kalau aku terberanak dekat sini..

Plus akak aku dulu yang beranak normal (kak awin) memang jenis balik kampung awal sebelum beranak sebab dia cikgu. 2 orang anak dia beranak time cuti sekolah, so sebulan awal dah balik kampung dan 38 Minggu je dah beranak.. Akak aku sorang lagi tu (anum) 36 minggu je dah beranak sebab anaknya keluar dari tingkap hehe..


Hoho.. perut membulat
Baby pon komain sendat dia dalam tu
Tak reti dok diam

Sejarah mak aku melahirkan aku pulak.... komain senang. Kepala aku keluar time mak aku tengah bantai tidur dekat labour room. Tu pon mak aku tersedar doktor marah-marah nurse cakap kepala baby dah keluar kenapa tinggalkan mak aku sorang-sorang dalam labour room. Dalam keadaan mamai mak aku beranakkan aku. Jadinya menurut mak aku, aku ni ada potensi nak beranak cepat.

Tapi aku ni sebab kali pertama, aku tak tahu. Aku ingat bile doktor kata due date aku 15 April, pada pemahaman aku.. baby akan keluar 15 April dan ke atas. Rupanya tidak begitu. HAHA.. Bodohnya aku..


Selfie last day keje.
Idung super kembang!


Semalam aku call mak aku ngadu perut dah keras-keras.. Lain macam rasa.. semalam macam rasa nak senggugut tapi tak jadi.. Lama rasa macam tu.. Tu yang mak aku suruh aku balik semalam juga. Tapi aku cakap.. tak sakit.. so aku tak balik pon sebab aku nak habiskan kerja 1 hari je lagi ni (hari ni). Mak aku terus cakap aku degil. Akak aku pon suruh balik secepat mungkin katanya.. hehhe masih berdegil nak balik esok sebab malam ni nak tengok Fast & Furious dulu. Boleh gitu?

HEHE.. apapun aku seram nak beranak ni. Doakan semoga dipermudahkan. Ampun maaf dipinta jika ada sebarang salah silap selama ini.. AMIN.. Tak shabar nak jumpe baby :)

You Might Also Like

2 Komen