Pindah Lagi.. Good Bye Lagi

9:22 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Aduhai letih aku rasa. Baru je dok pindah aras 8, kene pulak pindah aras 7. Seksa betul aku rasa.. Nak kemas barang punya hal, nak angkat barang lagi. Belum benda yang lain-lain..



Hal berpindah ni adalah sebab aku kene keluar dari bahagian lama masuk bahagian baru. Ikut unit yang terkeluar dari bahagian lama masuk bahagian baru ni. Mujur juga rasa depa nak bawa aku sekali kalau tak rasa terumbang ambing juga.



Tapi tulah.. bila masuk bahagian baru ni walaupon kerja masih sama tapi adalah perubahan ketaranya. Paling ketara, tempat aku adalah dihujung dunia. Nak berjalan dari pintu masuk ke tempat aku ada lebih 100 langkah.. terkedek-kedek aku jalan. Dengan kerja yang bertimbun, selalu kene kesana kemari nak duduk pon tak sempat. 


p/s: rindu tempat lama yang aman damai

Balik kerja tanggung sakit pinggang sampai tak masak dibuatnya. Sian laki aku hari-hari makan tapau. Nak buat macam mana, kalau datang sakit pinggang ni memang tak leh buat apa dah. Sabau jelaa..




You Might Also Like

0 Komen