Adik Bongsu Kawen

3:35 PTG


السلام عليكم 
안녕하세요!!

Uhuiii. puhhh. penuh habuk.

Minggu lepas balik kampung. alahai seronoknya kau aku rasa bila dah lama tak balik kampung. Memang meroyan plus tak sabar dibuatnya. Balik sebab adik aku yang sorang tu kawen. Mak aku buat majelis belah lelaki lak. Kat johor ni belah laki ke perempuan ke majlisnya pesen sama je. Ada kompang, ada pelamin, ada karaoke, ada makan berdamai. yang tak adanya cuma hantaran la sebab belah kedah haritu dah bagi. 


rumahku syurgaku.
p/s: dari dulu rumah tak pernah berhenti mengembang. dari 3 bilik terus berbilik-bilik
entah bila abang aku nak stop buat rumah..
mujur abang aku jenis pandai buat rumah sendiri.

Tapi edisi adik aku ni lain sikit. Masa g kedah..kita hanto hantaran tapi tak dapat balik. Depa cakap malu nak datang tangan kosong, so hantaran belah laki depa hanto haritu. Okehlah tu janji jangan lupa bawa bunga telor. Dah jadi kebiasaan belah perempuan datang ke rumah belah lelaki kene bawa pohon telor yerk..



Ha kau pelamin dia. lawa juga, dia dok tempah dengan kawan sekolah dia dulu.. murah la harga kawan-kawan. Kawan dia ni ada bridal. sapa dok area Muar-Batu Pahat rasanya boleh la menempah. cari je facebook Saiful Andaman Muar. budak epol ni pelamin dia lawa-lawa. Tapi bab baju n solekan tak sure sebab adik aku hari tu baju n makeup sendiri.

Boleh dikatakan balik kampung ritu masa aku habis kat membuta dengan goyang kaki. memang malas mak dato aku rasa. lantaklah orang nak kata aku malas. hahahaha.. paling penat aku rasa laki aku. sian dia biasalah kenduri kene rewang sana sini..

Kenduri kali ni tak pakai pakatan. Biasalah kat kampung lagi johor selalu ada pakatan kampung untuk rewang-rewang masak kan. tapi kitaorang rewang adik beradik je masak. Sebab banyak kali terkene nasi tak masak la. nasi basi la. lauk tak sedaplah.. last-last masak sendiri jela plus leh lah jimat sikit sebanyak. Orang pakatan kampung kita panggil jemputan je. Biar depan rehat sikit.

Menu punye banyak.. Ada nasi minyak, ada nasi putih. Lauk kambing ada, dalca tetel lembu, belum lagi lauk-lauk kampung.. Lepas tu air ada banyak jenis paling best of coz cendol. Memang meriah habis.. Kuih muih pon adooo.. aku tak larat nak makan semua benda tu. aku dok merati je.. Haha nak makan pon habis laki aku aku heret,. entah kenapa perangai super mengada nak makan mesti ada laki aje. Aku rasa kalau akak-akak aku nampak mampus kene kutuk HAHAHA..

Kesiannya majlis kali ni, semua orang ingat abang aku yang jaga mak aku yang kawen sebab dia yang beria bertunang haritu. Sekali tu orang lain. Sian abang aku dugaan dia ex tunang dia buat perangai (tuptup tahu-tahu extunang dia dah beranak tapi tak kawen. astaga. mujur tak jadi). Semoga abang aku tu menemui jodohnya. cepat atau lambat jelahh.. amin



You Might Also Like

1 Komen