Belum Habis Kemas.

9:28 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Dua tiga menjak ni.. banyak beno soalan tanya aku.. bila aku nak pindah aras 8.
Orang baru nak masuk duduk tempat aku ni ha katanya..
Apa aku muka tak malu nak terus duduk sini?

Sabarlah..
1st aku kene dapatkan arahan dari pihak atasan. kalau depa kata kene pindah. aku pindah. jawapan dah dapat memang aku kene pindah aras 8.

2nd.. aku kenelah ada patisyen dulu baru boleh angkat semua mak nenek barang aku ni. kalau aku tak de patisyen takkan barang ni semua nak aku campakan tepi bilik orang.

kadang-kadang orang menaya tak punya akal. orang memaksa tak fikir-fikir. hari-hari admin asak aku dengan soalan bila nak pindah.

jawapan aku : PASANGKAN PATISYEN AKU LA OII..AKU DAH SIAP KEMAS BERKOTAK2 BARANG AKU NI HA..

Sementara menunggu korang pasangkan patisyen yang entah bila tu, aku bukan duduk mengadap RUNNINGMAN aje.. ada kerja-kerja scan flot zaman pak tondan yang perlu aku selesaikan. jenuh kalau nak menghangkat dan menyimpan flot dari zaman 2009 tu..


You Might Also Like

0 Komen