Goodbye Aras 13

4:48 PTG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Bila payungku terbang..
Aku habis kebasahan..
Sungguh sejuk..

Mujur..

Ujan itu cuma sekejab.

Ceh.. Sajak konon.. sebenarnya aku sibuk dok mengemas tempat aku. yelah bos kita dah takde.. bilik bos kita bukan milik bos kita lagi.. jadi jawapannya untuk pa yang terbang umpama layang-layang tak bertali kene duduk dalam keadaan redha terbang mengikut angin. Kalau angin tak ada jatuhlah ia. Haa.. ayat..





Setelah 3 tahun dekat tempat yang sama.. memang sungguh banyak entah barang apa yang ada. Pening aku nak dok mengemas dan membuang banyak barang yang banyak dalam kategori "sayang". ceh.. semua sampah padahal.

Aku ni kene pindah ke aras bawah sikit. aras 8.. duduk dekat sikit dengan bos baru katanya. Hahaha.. tak apa aku tak kisah je mana kene pergi tapi kalau dah terbiasa duduk aras 13 yang aman damai.. lampu romantik macam nak ajak tidur, aku tak pasti dapat ke tak menyesuaikan diri lagi-lagi dengan lampu yang terang berderang dan jeritan suara orang. Jangan aku pengsan sebab kejutan budaya sudahlah..

p/s: sapa nak angkat semua ini. wooo oooo ooo

You Might Also Like

0 Komen