Kita Usaha

9:23 PG

Assalammualaikum W.B.T

Kedatangan period haritu membuatkan aku agak stress. Biasalah orang dalam usaha nak dapatkan anak memang macam gini.. stress memangjang pon tak elok. Satu lagi masalah aku ialah senggugut nak mati time period. menyampah betul. bertambah stress mujuk si pieja ajar minum air sprite udahnye 2 hari je setel darah aku kering udah senggugut pon hilang.

Kebetulan GLA COMPLEX yang aku ambik dah habis stok.. so aku order la sekali dengan ESP.. orang kata makan GLA COMPLEX boleh hilangkan sengugut tapi aku makan dah 1 botol belum lagi mampu melawan sakit senggugut tu. haha biasalah suplement je kan, kita takleh lah nak harapkan hasil puuuuuup terus kan. selepas makan 1 botol tu aku cuma dapat rasa aku berak semakin melawas. (Aku ada masalah nak berak) hahahah lain-lain macam tak de pulak rasanya.. ooo cuma peyed datang awal kehkeh..last peyed aku kitaran 32 ni aku terawal 6 hari. adoii awal betul..



Selain dari tu, aku makan juga asid folic Appeton. Setiap pagi macam biasalah. dan juga Zinc Complex dari Shaklee juga. Laki aku makan Zinc so aku rembat zinc dia sikit. muahahhaa. aku ada terbaca zinc ni perempuan boleh makan juga. tapi lupa dari mana aku baca. 

ESP ni aku pernah niat kalau makan GLA sebotol tak berkesan aku nak ambik ESP so kenelah beli sebab dah niat. niat ni bukan boleh buat main-main. Demi untuk kebaikan dimasa akan datang aku akan bertekad habiskan 1 botol ESP ni hahahah.

Itujelah usaha aku setakat hari ni.. aku kene giatkan usaha sebab aku dah 2 tahun 6 bulan 3 minggu dan 1 hari aku kawen.. dalam keluarga aku kebanyakkannya bunting pelamin (akak ipar aku), dan akak aku sorang bunting pelamin, sorang lagi 2 tahun dah dapat anak. So aku antara yang terlambat sekali nak dapat anak. Aku sekarang dalam tahap redha je kalau Dia nak bagi alhamdulilah. takde aku usaha. nak nagis2 nak fikir-fikir pun sedih tapi mang ada terfikir sampai nagis-nagis time laki aku dah tidur. aku nagis lah sorang-sorang..

Tapi aku pelik dengan kopi.. tak payah makan asid folid 5 anak dia kuar, dah dua kali proses.. aku duduk-duduk tanya kopi, "APA RAHSIA" HAHAHAHA.. tapi kopi tu sejak anak dah 5 ni asik meoww nak makan sedap je.. mau tak comel anak dia..


comelkan? aku cakap kat kopi "MAMA TAK NAK 5 SAYANG.. BAGI 1 PON JADIKLAH". Semoga aku tak perlu menahan perasaan lagi bila orang tanya soalan keramat.. Sebenarnya aku ok je. Cuma kadang-kadang cara pertanyaan orang buat kita sedih.

Ha..haritu aku pergi beli baju.. laki aku sibuk bising perut aku besar.. Tapi makcik jual baju tu cakap "TAKPE REZEKI ANAK" hehehe.. aku terus tarik laki aku cubit dia. Dia tersengih2 pulak.. muahahaha.

You Might Also Like

7 Komen