Tak bermaknalah hidup tanpa warna warni nya. Tanpa dugaannya.. Namun dugaan ini terlalu pahit untuk ditelan..
Sakit yang ku rasakan, mengaburi jiwa ini, dendam yang kau berikan, cukup di sini.
Mengapa mudahnya, kau sakiti, mengapa mudahnya, kau lukai, mengapa kejamnya, kau menghancurkan hati perasaan ini.
Putih bersih cintaku, kau racuni hingga mati, cinta yang kau berikan, cukup di sini.
Siksanya hati ini, kau slalu sakiti, kau membukakan pintu ini, namun engkau menusuk ke dalam, hingga dasar hati, kau mencabut nadi cinta ini.
Namun aku bersyukur, seperti biasa setiap hitam pasti ada terangnya..
Nin diaaaa. keluar seketul adik Kim Dee Na bernama Kim Dee Ya. Eh.. mampus kene cepuk dengan mak aku kalau namakan anak camtuuu..
Alhamdulilah, 13.11.2018 aku selamat melahirkan seorang lagi puteri aum aum zuriatkuu dengan somikuu cehhh. dengan sapa lagi khenn.. Alhamdulilah syukur. Sungguhnya tuhan itu maha adil. Setiap apa-apa dugaan yang diberikannya pasti ada pelangi indah di baliknya.

Baby kali ni kecil molek je. Mungkin sebab masa mengandung dia ni memang aku tak boleh makan sangat dan aku kerap-kerap sakit. Memang awal mengandung tu bila tahu je aku double line terus tombang. Balik kerja tidur. Sampai kakak dina pon aku tak ambil port. Memang atoknya jela yang melayan. Dia punya mengantuk penat jangan cakap. lepastu. sambung pulak aku kene sakit pedih hulu hati yang teruk. Sampai berapa kali masuk emergency. Masa tu kandungan dah 12 minggu. Kemain clear bila scan kat emergecy. berguling-guling sihat sikecik nih dalam perut. Tapi mak dia kusssss semangat non stop sakit sampai cuti tak henti-henti. Since i pon takde hati dah nak kerja situ soooo lantokk janji guna cuti kita.
Masa masuk emergency tu rupanya aku nihh ada batu dalam hempedu. Memang kene refer pakar tapi apoooo aku kan degil cam biasa tak buat pon. kuikui. Kene refer pakar pembedahan wei. Aku dah takut jeee tuuu takut kene bedah kahkah.
Lepas habis 4 bulan pertama tu baru start sihat. Walaupon masa tu ada je prob bila pergi checkup. Kene kencing kotor + hb rendah. Setiap kali checkup mesti kene jumpa doktor. Huhu. Lepas tu kene ambil sample air kencing 24 jam dan macam-macam lagi. Sampai masa beranak pon doctor tak bagi balik sebab kencing kotor. Udah satu kerja aku minum air berbotol-botol nak bagi air kencing clear macam air mineral hahaha. + since aku ni melahirkan secara czer, beg kencing tak boleh buka selagi air kencing tak sesuci embun pagi wey.
Tapi alhamdulilah walaupon masa mengandungkan Deeya ni dugaan banyak, lepas keluar tu dialahh budak paling senang jaga. Kakak dia pon tak sesenang dia hikhik. Cumanya cam biasalah baby kene kuning (warded sehari) pahtuu masa aku bersalin tu kakak deena kene cikepop.. sian dia.
Seriusly aku nages wey tinggalkan dia masuk wad. Padahal dia okey je. perasaan tu payah nak cakap sampai aku fikir cukuplahhh bersalin. tak mo lagi sebab rasa bersalah kat deena masa tu menebal. Ha sambung deena kene cikepop. udahnya baby pon jangkit juga selepas 14 hari ++. Masa kakak dah sihat tuuu. keluar pulak letop-letop kat adik.
Kat punggung
kat bawah kening.
Mujur aku ada adik ipar kerja NICU. dia dah tanya doc dia n confirm cikenpop. So apa lagi pergi kecemasan dan admit NICU seminggu ON ANTIBIOTIK. Sedih wey hari-hari dapat lawat dari jam 2 -6 petang je. sedih tinggal dak tomel kat NICU plus masa tu dia kuat minum susu. 2oz mang tak cukup siap pesan kat nurse dia nih sepesel sikit minum kuat.
Habis antibiotik dah boleh balik. Mujur deeya ni walaupon dia kene cikenpop ke batuk ke selesema ke dia tak demam atau meragam. So memang senang jaga dia.. Alhamdulilah mama syukur sayang.
Sekarang ni dah 4 bulan lebey budak tuu. Dah pandai membebel, dah pandai meniarap sendiri. Dah angkat-angkat bontot dia. hehehe. Dia ni cepat sikit. 1 bulan setengah dah mengiring. mengiring cari susu hahaha.
jab nak tepek gambar kakak juga nanti dia jeles hahaha.
reaksi kakak lepas dapat adik : dia ok. sayang adik, suka jaga dan kacau adik. tabiat dia.. gentel telinga adik sampai adik membebel atau menages. So far adik dia jarang nages. jenis redha kakak buat apa pon. Dan selalu kantoi nak dukung adik. memang tengah dukung adik dia time kantoi tu. so kene jaga lebih tak boleh biar dia berdua je dengan adik. Kalau mama nak pergi masak memang kene pastikan kakak tu dengan mama selalu. Bahaya.
gebu tak saya? bila saya nak boleh makan ni mama?
eh ha nak bagitahuu nama sikecik Kim Dee Ya ni ialah :
beza sebutir huruf je dengan kakak dia. hahahhaa. okeyyy bye sambung bebila free
(setahun lagi myb hahah)