Kerja-Kerja

9:33 PG



Mak ai lamanya tak menjengah belog ni. Ada orang baca ke? hahaha. Sebenarnya aku tak de masa langsung tak hadap laptop ni melainkan buat kerja yang bertimbun ni. Dalam berapa tahun aku kerja gomen, kali ini memang betul-betul kerja aku rasa. Surat sekali datang menimbun jangan cakap. MasyaAllah sampai rasa "dah-dah ler tu" tapi bagus juga banyak kerja ni rasa berkat sikit haha

Dulu memang tak banyak kerja sangat macam ni. Sekarang ni kalau aku cuti hari ini, esok sila bersedia surat dua kali ganda. Penuh meja beb. Kalau ada yang kata aku lambat.. memang aku rasa nak cili sebab kat sini surat semua kene scan masuk sistem beb. Boleh je tak scan tapi esok-esok kalau surat tu hilang pegawai atau bos nak takde, sila meninggal dengan perasaan "akulah yang bersalah" haaaaa gituww sebab surat kat sini banyak gile babiesss.. so kalau hilang masyakkk.. masyakk mak. apa aku bebel ni..

Memula kene ganti PA yang dah bersara tu aku rasa tak rela. sebab aku selalu kene cover dia bila dia cuti memang menages surat dia. Kadang-kadang tak ingin aku cover tapi akak tu lagi gigih buat kerja.. Dia punye gigih tu sampai ko tak nampak dia lalu. Berdesup.. Cakap tak banyak. Bila aku ganti dia baru aku tahu kenapa dia tak banyak cakap. TAK SEMPAT!!!



Bagi aku untuk unit-unit yang bz ni bagila kat yang muda-muda kesian aku tengok akak tu. Tapi sekarang ni silalah kesian kat diri sendiri.

Surat dalam unit ni kene tengok tarikh. Aku selalu tak perasan tarikh dah dekat. Peguam bagi short notice. CM terlepas. masyak le. Kalau bos aku ok lagi takde dia nak bebel kat aku tapi kalau negeri punya. Aduhhh.. dia punya email tu menghentam jiwa tau!.. Belum dia pergi CC kat sana sini. Pengsan kat situ. Kalau tengah makan sila tercekik.

Satu je aku tak berapa gemo.. Dah buat sistem, dah upload. Kita bagi notification g la tengok kat inbox sistem tu lagi elok kan? ni tetap nak kene email. Balaci macam kita ni faham jela emailnya sendu je tak lepas-lepas dokumen nak scan haha.. So itulah yang aku nampak kekurangannya.. So orang tak kan nampak kita buat kerja apa.

... ALA PA TU BUKAN ADA KERJA, KERJA MAKEUP MAKIN FACEBOOK...
........HOI! SILA MENINGGAL.. 


You Might Also Like

0 Komen