Tinggalkan Sedikit Rasa Sayang & Cinta Untuk Diri Sendiri

2:24 PTG

السلام عليكم 
안녕하세요!!


Dah lama aku tak menulis kat sini. Ceritanya aku lupa password blog sendiri. Sekian lama tak menulis, sekian lama tak meluah perasaan hari ni Alhamdulilah boleh pulak aku ingat balik password blogger ni. Hehe kesian kau blog.. Dulu kat sinilah aku luah suka duka hidup aku. Ooo mungkin banyak suka berbanding duka.

Tapi kini tidak lagi.

Umur dah meningkat, dugaan datang dan pergi. Sampai aku rasa kuatkan aku untuk tempuhi satu persatu yang datang dalam hidup ini.

Waktu dugaan yang maha besar datang, aku tak bersedia bahkan aku tak sedar. Kalau tak ada yang sedarkan aku, aku tak tahu apa yang akan jadi. Mujur aku ada dina yang selalu dengan aku. Boleh aku katakan anak yang sangat memahami perasaan ibunya. Syukur Ya Allah sesungguhnya aku tak bersendiri dikala dugaan datang menghujamku.


Sahabat mama dunia akhirat.


Aku ada dina yang selalu datang dah peluk aku sambil berkata "Mama, janganlah menages, kenapa mama menages" sedangkan dina pada ketika itu belum masuk 3 tahun lagi. Teletahnya yang manja dan perangainya yang matang buat aku mampu tersenyum biarpun pahit.

Sebab itu aku manjakan dina.. sebab dina ibarat sebahagian dari aku, memahami pahit maung aku rasakan berbanding orang lain. Kalau orang marah aku manjakan dina. aku akan cakap "Kau tak rasa perut kau dibelah, cukup diam"

Terima kasih anak mama sayang.. Alhamdulilah seperti biasa Pelangi itu selalu muncul dan ada diwaktu tidak disangka-sangka. Siapa sangka surut sedikit masalah yang mendatang, Ya Maha Kuasa kurniakan aku zuriat seorang lagi buat peneman duka dan lara. InsyaAllah masuk 29minggu kandungan ini. Akan kujaga sebaiknya. 

Ye aku tak ada apa-apa. Aku pernah kecewa dengan hidup ini kerana aku miskin dunia. Tapi Alhamdulilah Dia selalu adil buat hambanya. Mungkin aku tak dapat kebendaan tapi aku dapat peneman. 

Buat sahabat yang berjauh hati dengan aku kerana kata-kataku. Maafkan aku kerana aku cukup tertekan dan kecewa setiap kali aku inginkan sesuatu, aku tak dapat. Dan aku terlupa sebenarnya aku cukup bertuah berbanding dirimu.

Apa yang terjadi buat aku sedar, usahlah beri sayang melebihi sayang pada diri sendiri atau paling tidak, tinggalkan sedikit untuk diri sendiri dan ingatlah apa diharap pada kasih manusia yang kita tak tahu sampai bila tahan dan habisnya.




You Might Also Like

0 Komen