Movie - Jangan Pandang-Pandang Kelakaw Doee..

11:42 PG



Semalam pupel ada cerita yang pupel pergi tengok  Jangan Pandang-Pandang Tayangan Eksklusif Bersama Pembaca Media Hiburan. Jom baca sinosis dibawah :





Sinopsis - Sumber

Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah.Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika.

Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha berkata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras.

Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus.

Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.


Ok sekarang pupel nak buat review cerita ni pulak :)

+ Jangan pandang-pandang memang besh sebab ada ZIZAN, rasanya kalau tak ada, cerita ni macam boring.
+ Cerita ni memang kelakar, ada terkejut-terkejut.
+ Tak boleh blah bila ada hantu bapok dalam hutan hahaha.
+ Cerita mereka nak mendapatkan artifak tu terlalu singkat. Datang dan balik. kiranya tak ada banyak halangan pun time tu.
+ Kelakar bila mereka cuba pulihkan kawan-kawan yang dirasuk menggunakan lagu WASSINI haha, sangat kelakar.
+ Watak abg bob yang pelik tu diakhiri dengan satu watak yang tah apa-apa
+ Ending cerita ni mengecewakan.


Tapi bagi pupel, Cerita Jangan Pandang-Pandang ni wajib korang tengok tau sebab boleh dikategorikan besh.. tak rugi kot untuk korang bayar duit tiket :) Jom serbu panggung ramai-ramai ok :)






You Might Also Like

5 Komen