Pages

Sabtu, 18 Januari 2014

떡볶이 Ddekbokki : Akhirnya Dapat Juga

Assalammualaikum W.B.T

Lama betul aku mengidam Ddekbokki akhirnya dapat juga buat. Mengidam macam orang mengandung tapi saya mengandungi lemak je. Hehe. Sebenarnya haritu ada pergi Midvelly makan bimbimbab tapi sebab ada jual Ddekbokki. Sebab asik teringat tu yang aku dok mengidam sampai sekarang.

So aku pun mencari resepi dekat tenet dan buat Ddekbokki tapi kene ada rice stick. Aku ada cari dekat jusco tapi tak ada jual pulak so aku google resepi nak buat rice stick tu dengan tengok video untuk buat rice stick tu. Senang rupanya..



Resepi Rice Stick
2 Cawan Tepung Beras
1/4 Cawan Tepung Pulut
Sedikit Garam
Sedikit Air 

Cara-caranya:
Campurkan 2 jenis tepung tadi letak sedikit garam dan gaulkan dengan air sehingga rata. Kemudian masukkan kedalam oven/microwave selama dua minit. Keluarkan, gaulkan rata dan masukkan lagi dalam oven/microwave selama dua minit lagi kemudian keluarkan. Tumbuk adunan tadi guna apa-apa seperti cawan sampai rata kemudian adunkan guna tangan pula. 

Letak minyak di tangan dan bentukkan macam kat atas tu kemudian rebus sampai rice stick tu timbul. Lepas tu keluarkan dan sapukan minyak di sekeliling rice stick. Boleh terus masak atau simpan dalam peti ais. Siap!



Kat atas ni gambar Ddekbokki yang aku buat. Pedas yang hamat. memang boleh makan isi je hahaha. dia punya kuah dapat makan sesudu dua hahaha. Ni aku bagi resepi dia :

떡볶이 Ddekbokki
Air
Seeweed
Ikan Bilis
Chili Paste (Aku tak gunakan korea punya tu, aku ambik serbuk cili babas dan gaul dengan gula)
Rice Stick
Garam/Perasa
Fish Cake
Daun Bawang
Carrot/sayuran

Cara-caranya:
Masukkan air dalam kuali/periuk letakkan sekeping seeweed dan beberapa ekor ikan bilis. Biarkan sampai seeweed tu lembik nak keluarkan atau biarkan ikut suka lepas tu tapi orang korea dia keluarkan dan ketepikan

Kemudian masukkan rice stick tadi.. masukkan juga chili paste dan gaulkan rata.  Masukkan sekali carrot/sayuran ikut suka rasa. Masukkan juga fish cake, daun bawang dan garam/perasa. Biarkan sehingga masak. Kalau rasa kuah dia tak manis boleh masukkan gula lebih sebab kuah dia kalau manis lagi syok. Kalau nak pekatkan kuah boleh letak tepung/tepung jagung yang digodak dengan air. Sikit je. kalau orang korea diorang ada air jagung yang dah siap tu.

Siap dan bolehlah dimakan panas-panas. Kalau tak tahan pedas jangan makan benda ni hahahah. I like pedas!!!!!!!!! Selamat Mencuba



5 ulasan:

  1. Wahh.. kita pun teringin juga. Yang dekat mid valley tu kat mana? Dah lama mengidam nak makan Bibimbab, kimbab n ddeobokki. huhuhu. telan air liur tgk


    shaklee distributor
    http://myra-aida.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. klu nk try resepi korea tapi simple, bleh try web nie www. maangchi.com

    saya slalu jenguk situ.

    BalasPadam
  3. wahh sedapnyerr..laa senang rupanye..tgok cerita korea mcm rumit jerr..nie kena test..hehe =D

    BalasPadam
  4. Bagus la pupel nih tekak.msuk aje mknan nih...ai is cannot la

    BalasPadam
  5. Amirah Su'aidah : banyak kedai korea kt midvelly kalau was-was g dekat food court dia pon ada tapi bimbimbab situ tak sedap. ddeobokki dia tak sure sebab tak penah rasa.

    sueada: macehh :) insyaallah nanti kita jenguk..

    Eyma su: senang je. orang korea suka buat cara rumit sebab nak sedap lagi satu diorang sangat teliti dan telatin hahahaha.. cuma makanan kita dengan dia banyak bezanya kalau tekak tak kuat mau tak tertelan

    BalasPadam

감사합니다!
Terima Kasih.
Sila Tinggalkan Komen Anda :)