Pages

Jumaat, 4 Oktober 2013

Kita Usaha

Assalammualaikum W.B.T

Kedatangan period haritu membuatkan aku agak stress. Biasalah orang dalam usaha nak dapatkan anak memang macam gini.. stress memangjang pon tak elok. Satu lagi masalah aku ialah senggugut nak mati time period. menyampah betul. bertambah stress mujuk si pieja ajar minum air sprite udahnye 2 hari je setel darah aku kering udah senggugut pon hilang.

Kebetulan GLA COMPLEX yang aku ambik dah habis stok.. so aku order la sekali dengan ESP.. orang kata makan GLA COMPLEX boleh hilangkan sengugut tapi aku makan dah 1 botol belum lagi mampu melawan sakit senggugut tu. haha biasalah suplement je kan, kita takleh lah nak harapkan hasil puuuuuup terus kan. selepas makan 1 botol tu aku cuma dapat rasa aku berak semakin melawas. (Aku ada masalah nak berak) hahahah lain-lain macam tak de pulak rasanya.. ooo cuma peyed datang awal kehkeh..last peyed aku kitaran 32 ni aku terawal 6 hari. adoii awal betul..



Selain dari tu, aku makan juga asid folic Appeton. Setiap pagi macam biasalah. dan juga Zinc Complex dari Shaklee juga. Laki aku makan Zinc so aku rembat zinc dia sikit. muahahhaa. aku ada terbaca zinc ni perempuan boleh makan juga. tapi lupa dari mana aku baca. 

ESP ni aku pernah niat kalau makan GLA sebotol tak berkesan aku nak ambik ESP so kenelah beli sebab dah niat. niat ni bukan boleh buat main-main. Demi untuk kebaikan dimasa akan datang aku akan bertekad habiskan 1 botol ESP ni hahahah.

Itujelah usaha aku setakat hari ni.. aku kene giatkan usaha sebab aku dah 2 tahun 6 bulan 3 minggu dan 1 hari aku kawen.. dalam keluarga aku kebanyakkannya bunting pelamin (akak ipar aku), dan akak aku sorang bunting pelamin, sorang lagi 2 tahun dah dapat anak. So aku antara yang terlambat sekali nak dapat anak. Aku sekarang dalam tahap redha je kalau Dia nak bagi alhamdulilah. takde aku usaha. nak nagis2 nak fikir-fikir pun sedih tapi mang ada terfikir sampai nagis-nagis time laki aku dah tidur. aku nagis lah sorang-sorang..

Tapi aku pelik dengan kopi.. tak payah makan asid folid 5 anak dia kuar, dah dua kali proses.. aku duduk-duduk tanya kopi, "APA RAHSIA" HAHAHAHA.. tapi kopi tu sejak anak dah 5 ni asik meoww nak makan sedap je.. mau tak comel anak dia..


comelkan? aku cakap kat kopi "MAMA TAK NAK 5 SAYANG.. BAGI 1 PON JADIKLAH". Semoga aku tak perlu menahan perasaan lagi bila orang tanya soalan keramat.. Sebenarnya aku ok je. Cuma kadang-kadang cara pertanyaan orang buat kita sedih.

Ha..haritu aku pergi beli baju.. laki aku sibuk bising perut aku besar.. Tapi makcik jual baju tu cakap "TAKPE REZEKI ANAK" hehehe.. aku terus tarik laki aku cubit dia. Dia tersengih2 pulak.. muahahaha.

7 ulasan:

  1. sabar maz..usaha je ea..tak pun try p Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kt Setiawangsa..aku pun p citu gak.. die bg ayat Al-Quran suh baca.. alhamdulillah..ade rezeki..try la yang..usaha tangga kejayaan..

    BalasPadam
  2. awak kita pun mcm tu gak..tp br survey produk shaklee..nk try..harap2 ada berita baik..ok ke produk tu?

    BalasPadam
  3. ssi pernah pergi refer pakar sakit puan tak ? sebab sis senggugut terukkan.. mcm saya dulu senggugut teruk..3 tahun kwin still tiada zuriat.. bila jumpa pakar, scan then doctor kata saya ada ketumbuhan endometriosis pd rahim.. & ia berbahaya sebab boleh rosakkan rahim..& ia beracun. kalau ada janin ia boleh membunuh janin tersebut.. Saya buat operation buang endometriosis tu..Alhamdulillah sekarang baru sembuh & sedang usaha hamil semula..
    Jika mempunyai ketumbuhan cyst, endometriosis atau fibroid..elakkan mengambil soya atau produk berasaskan soya..sebab soya boleh meningkatkan hormon estrogen & ia boleh membesarkan lagi ketumbuhan tersebut.. selain tu amalkan pemakanan sihat.. jauhi fastfood & junkfood..

    BalasPadam
  4. mAmikO AbUrakOji: aku pernah berubat dulu orang tu cakap ada saka menumpang hahah. kat pusat rawatan islam tak pernah pergi lagi.

    Makwe Kintan : tak pernah buat haritu ada g klinik tapi proses leceh dan makan masa terus tak buat lagi. tu la ada kawan saya kes sama dengan awak.. kene pergi swasta kos mahal pulak.

    ikafantasi : ok produk ni tapi saya pon baru makan sikit3 buat masa ni ok lagi :)

    BalasPadam
  5. mcm nak try gak shaklee ni. ok tak? ;p hoho

    BalasPadam
  6. Usaha, jgn putus asa.. Insha Allah, kalo ade rezeki kite x kemana.. Sy pun tgh usaha gak.. da 3 thn kawen :)
    Yg penting jgn stress..

    BalasPadam
  7. Usaha jgn pernah putus asa sis.. Kalo de rezeki, In Shaa Allah pasti ade.. Caiyoook! caiyoook! Sy pun tgh usaha gak, da 3 thn.. masih lg usaha :)

    BalasPadam

감사합니다!
Terima Kasih.
Sila Tinggalkan Komen Anda :)