Pages

Jumaat, 12 Oktober 2012

Happy Birthday My Hubby Chubby Tami.

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni bufday en suami aku.. Tami..tami.. dah tua dah dia ngehngeh.. yang ke 26tahun. Bila aku tanya berapa umur dia, dia kata 21.. mentang-mentang bini jenis lupa angka. hahaha..

letih cari gambar dia yang molek
takde juga. haha

malam tadi kitaorang sambut simple je. g kedai makan order Nasi puteh, sayur kailan ikan masin, sup tulang, ayam goreng kunyit sambal belacan dan air.. bantai makan sampai kenyang. baru RM22. Kitaorang makan kat kedai biasa je sebab suami aku ni jiwa makan dia jiwa melayu sikit. Nama kedai tu Sri Pulau. Lokasi : Dengkil. Gambar tak ambil sebab dia malu.
Memula nak g steambort. tapi tami balik lambat sangat hahaha. so dah tutup kedai tu. Lepas tu aku bagi dia kad dan hadiah bantal busuk. Malam tu tangan sebelah peluk aku sebelah peluk bantal busuk hahaha. Sebenarnya aku plan dah nak bagi dia hadiah haritu lagi.

Dia ni jenis susah nak beli barang. Belek satu-satu. Dia nak jam GSHOCK. tapi madang tak minat. ada jumpe minat tapi made from china terus tak nak. Nak juga from japan. paling busuk from thailand kata dia. So dalam proses pencarian tu, aku ni berkenan itu ini. sudahnye duit hadiah dia tu aku beli handbag la, seluar la, baju la.. masam mencuka laki aku haha.

Tapi aku dah janji nak belikan tapi sila tunggu bonus la. haha kejam kan??. Apapun aku harap, peningkatan umur ini memberikan lebih banyak rezeki, kesihatan yang baik, kebahagian dalam rumah tangga kami dan peningkatan dalam kehidupan kami hendaknye. hahaha.
p/s: makcik aku terkejut aku panggil laki aku tami...SUAMI.. entah rasa best je nama tu.. tami..tami.. hahahaha i like!! suami panggil aku TAYANG.. kau hado???

5 ulasan:

  1. happy birthday buat suami akak ! hohohohoh

    BalasPadam
  2. Happy Birthday to your husband.

    kalau boleh jangan lah tulis 'Bufday', cian suami awak, tau tak apa maksud 'Buf'?

    Ini dia.

    buf = kulit warna kuning pucat.

    BalasPadam
  3. Haha..comel sgt panggil gitu.. ;)

    BalasPadam
  4. Tulis 'Selamat harijadi' je lah.

    Kang tak pasal-pasal abang tu kena Sakit kuning. ha ha ha ha ha nauzubillah

    Semuga panjang umur murah rezeki dan sihat walafiat kedua kedua pasangan ye. Aminnnn!

    BalasPadam
  5. epi besday. Semoga pnjg umo murah rezeki.
    btw, besday kite last friday :D

    BalasPadam

감사합니다!
Terima Kasih.
Sila Tinggalkan Komen Anda :)