Pages

Rabu, 5 September 2012

Pavlova Versi Pupel Liyana Punye



Akhirnya impian pupel untuk buat pavlova terlaksana lepas en suami hadiahkan pupel oven dan mixer masa raya haritu dengan semangat akan buat kueh banyak-banyak untuk bawa balik terengganu. alhamdulilah, balik haritu memang berbondong2 pupel bawa balik kueh raya walaupun first time buat hoi.. dulu masa kecik-kecik mak, kakak tak kasi kacau time diaorang buat kuih raya. boleh tengok je sebab tu la ni bebal sikit bab buat kueh padahal mak pupel dulu penjual kuih handalan kat kampung haha.

Bercakap pasal pavlova, pupel niat nak bawa untuk jamuan hari raya versi portluck dekat opis nanti. oleh sebab majlis tu hari jumaat, hari rabu masih ada kesempatan nak test power dulu sama ada menjadi atau tak. Nasib baik ada resepi senang gila dari kakak ana dari blog Cahaya Cinta Ku (klik untuk resepi), memang aku pepah habis-habis 100% resepi ni. hehe.


Jenuh aku mix ni.
padahal guna mesin hahaha. 
oklah ni jadikan..


Cuma niat dihati pupel nak buat pavlova versi mini.. siap beli bekas comel2 tu rupanya tak boleh dahhhh!! sebab bekas tu bawah dia terbakar bila kene api panas so menyebabkan pavlova pupel hangit kat bawah. sudahnya memang makan sendiri. Niat dihati nak bagi kawan test dulu kat opis. Maaf ye kawan-kawan, i tak sanggup nak bagi hangus-hangus kat ualss tau..


ni dalam bekas yang aku cakap tu
ceh! takleh gunalah.. 
esok nak try letak je atas kertas minyak kecil2 dan bakar.
lepas tu masukkan dalam bekas ni sebab dah alang-alang beli 100pcs.


pavlova aku naik over sebab bawah dia yang terbakar tu terangkat.
ceh! tapi rasa stil sedap lagi lee.
cuma nipis sangat
esok nak buat tebal sikit


nindia bila dah siap
letak je cream tu rata2 lepas tu letak anggur
esok nak g carefour nak beli aneka buah sikit
insyaallah kalau rajin hehe

p/s: suami pupel membebel bunyi mixer tu bising sangat. dia tak suka kuih so dia tak teruja pon nak makan. yang tak jadi tu simpan dalam peti buat makan sendiri. hehe



4 ulasan:

  1. boleh pakai cup cake paper.. tp paper yg murah. mcm buat kuih raye tu.. tp cari size besar la.. letak half je. nk senang pakai piping bag. kenal dop. haha.. jgn lupa letak dlm acuan cup cake. heeeee.... tak faham leh tnya.. hahahahahahahaha.... api tu guna atas bawah. jgn lupa pilih kipas pada oven tu..

    BalasPadam
  2. rai : yeke. maceh hehehe. tulah semalam nak beli piping bag lupa. baik. patutlah oven aku berasap semalam tapi oven tu oven murah takde kipas2 bagai. letak kipas umah le tak? haha

    fa: sedapkan tapi makanan yang fa buat lagi sedap2.

    BalasPadam
  3. Buat cupcake dengan tema 1Malaysia & menangi hadiah sehingga RM100,000! http://says.com/my/quraishia/specials/1malaysia-cupcakes

    BalasPadam

감사합니다!
Terima Kasih.
Sila Tinggalkan Komen Anda :)