Sejak aku membel kucing ni, ramai yang tanya pupel perihal tahi kucing yang kita semua sedia maklum kus semangat bau dia tuhan je yang tahu. Macam mana nak handle biarpun guna pasir??
Sumber Gambar (Klik)
Pasir kucing ni sebenarnya sentiasa kene bersihkan. Kalau korang biar sampai tahi penuh baru nak buang tak guna juga. Busuk oooo. Macam mana nak bersihkan? kenelah ada pengaut dia.
Bagus pakai pengaut dia ni ialah kita boleh tapis tahi dia dari pasir yang masih boleh digunakan. Jadi tak perlu buang keseluruhan pasir kecuali pasir tu dah berbau. Kenalah buang. Ramai orang tanya tak bau ke biarpun ada pasir. Tips yang pupel gunakan ialah jangan beli pasir yang konon-konon ada bau apple la, bau rambutan la sebab bau-bau tu tak membantu pun untuk kurangkan bau tahi tapi makin busuk adalah.
Pasir kucing yang paling bagus pernah aku gunakan ialah seperti dibawah:
Sumber Gambar
Pasir ni sangat murah, tak berbau dan kedap bau tahi kucing yang busuk tu. Tapi la ni nak cari pasir ni punyelah susah sebab kedai yang jual pasir ni dah tak nak jual lagi. Dia kata susah nak dapat stok. Sekarang terpaksalah aku beli pasir biasa. Nak tak nak kenelah rajin tukar pasir sebab tak nak berbau.
Waktu meow kita berak, bau memang satu rumah. Bila ada tetamu cepat-cepat kene buang. Elok letak dekat tempat yang berangin. aku letak dekat balkoni belakang rumah tapi, oleh sebab baru beli kucing baru dan mereka masih kecil, aku takut dyeowg panjat dan jatuh. Macam kopi, dia tahu manjat tapi tak manjat tinggi-tinggi. tengok keadaan Nicko dan Nicky yang super aktiv tu takut pulak.
Ha? tahi yang kita tapis tadi tu nak buang mana? Flush je dalam jamban. Senang cerita. Bukan apa duduk tingkat 5 ni takkan nak kumpul tahi dalam plastik bag dan buang. Sila ingat ye, bila kita kumpul tahi ni, ianya boleh mewujudkan virus yang merbahaya dan boleh membunuh simanja kita.
Bagi yang baru-baru nak membela kucing ni, pastikan komitmen anda begitu tinggi untuk pastikan tempat kumbahan simanja ni sentiasa bersih tau. Jangan hangat-hangat tahi ayam ok. Akhir kata pesanan dari Nicko Chalow
"Kalau nak bela kami jangan malas-malas ok!
Duit pun jangan kedekut-kedekut!
tak banyak tapi cukup untuk keperluan kami pun dah alhamdulilah.
Kami kuat makan, kuat tidur, kuat yak :)
Tapi kami comel :)"
pasir kucing tu xbaguslah..Bro Nasa dah guna untuk kucing Bro Nasa..Bau busuk..Yang bagus, pasir kucing yang ada bau buah-buahan..harga dia 1kg RM19. Brand lupa plak..
BalasPadamsekarang ni pun guna pasir sebab ada anak kucing. takot dorang buang sepah2. hehe. kalau busuk pun cpt2 tukar lain jek. kenalah rajin :)
BalasPadamhehe comel je entry ni..seronok ada kucing ni ske tgk, bile kita borak dgn diorang then diorang akan pejam mata...indahnya ciptaan Illahi :)
BalasPadamChomelyer.. Mama ada kutip anak kucing org buang kat pasar. Dia dlm keadaan lemah. Ngiau pun tak pandai lagi macam tak berbunyi.. ingat bisu. sebelum bawak balik belikan sangkar sebiji utk dia, pasir yak dia, susu dia, prodiet friskies dia segala bagai pencedok yak dia dll..siap register membership at petshop. Ok jer.. makan minum orait, yak kencing dia cepat2 kami buang pasir busuk tu. Now makin menggediks dia terloncat sana terloncat sini sgt hyperaktif. So duk apartment memang takdak bau. Berosih.. nanti lain kali mama masukkan entri si kenit nih ya.
BalasPadamBro Nasa : yeke tapi sya lebih suka pasir yang tak berbau hehhe.
BalasPadammiszfazierra: aah memang kene rajin. kalau tak, memang mebusuk lahh tahi dia
Tihara : macam mereka mengiakan kata2 kita kan kak.
mamawana : mula hati mama sudi bela mereka. janji rajin kan mama, pasti beroseh. ada msajuga saya malas tapi kene buang malas tu jauh2 hehehe